PKG Banggol dan Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit Pembestarian Sekolah BTPN Kelantan iaitu En. Mohd Kamal Azrul Bin Muhammad telah bersama-sama ke SK Padang Garong 1 untuk melaksanakan program khidmat bantu makmal komputer setelah menerima aduan dari pihak sekolah. Turut serta En. Wan Ariff Bin Wan Zakaria selaku guru penyelaras ICT sekolah tersebut. Pihak sekolah baru sahaja mendapat meja gantian yang baru disebabkan makmal komputer 2 dilanda banjir tahun 2014. Permasalahan yang diambil tindakan adalah berkaitan PC yang tidak dapat dihidupkan, masalah window dan PC yang tidak dapat menyambung capaian internet. PC telah disusun semula manakala kabel-kabel telah dicabut dan dipasang semula agar kelihatan lebih kemas dan selesa untuk digunakan.Pihak PKG Banggol akan membuat tindakan susulan ke makmal komputer ini untuk memperkemaskan aplikasi dan window pada komputer tersebut. Hasil daripada khidmat bantu ini sebanyak 11 buah PC sudah dapat digunakan sepenuhnya.
1. Pastikan tiada connectivity device lain yang disambungkan dengan router (Zoom/OCPE/VSAT/ADSL).
2. Sambungan terus kabel UTP dari PC / laptop kepada port router
3.Buka url speedtest berikut. http://www.speedtest.net dan klik setting
4. Pilih Preferred Server Kuala Lumpur [MY] - Yes 4G.Pilih Time Zone UTC+8Asia - Hong Kong dan simpan

5. Klik "Take a Speed Test" untuk memulakan pengujian

6. Klik "Begin Test Your Preferred Server"

7. Setelah selesai klik "Share This Result"

8. Klik image

9. Klik copy untuk salin url

10. Paste di new tab pada browser

11. Right klik pada gambar dan klik "copy image"

12. Paste image dan link image pada borang.Pastikan tarikh dan masa pengujian dicatatkan
31 Oktober 2016 adalah tarikh terakhir perkhidmatan Pegawai Teknologi Pendidikan - Pusat Kegiatan Guru Banggol iaitu En. Ramli bin Ab Ghani. PKG Banggol serta BTPN Kelantan kini kehilangan seorang pegawai yang amat berdedikasi dan paling senior dalam organisasi. Sekalung penghargaan serta terima kasih diucapkan kepada beliau yang mana sepanjang perkhidmatan beliau di PKG Banggol telah menempa pelbagai kecemerlangan dan kejayaan terutama dalam meningkatkan tahap pembestarian sekolah kelompok sekaligus meningkatkan kecemerlangan pendidikan. Terima kasih En. RAMLI!!
MESYUARAT PENYELARASAN GPM & GPB SEKOLAH KELOMPOK PKG BANGGOL Bil 2 TAHUN 2016 & MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI 2016
Aktiviti 4:17 PTGPada 02 Ogos 2016 bertempat di PKG Banggol Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dan Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol Tahun 2016 telah diadakan yang dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Perpustakaan dan Media dan 35 orang Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol. Mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer yang telah diadakan seperti Pengisian data i-Nilam, SSQS, MBMMBI serta aktiviti yang dianjurkan oleh pkg seperti Program Khidmat Bantu Pembestarian Sekolah, Khidmat Bantu VLE dan Pertandingan Idola Nilam PPD Kota Bharu 2017. Aktiviti pemantauan PSS / Makmal Komputer berpandukan Instrumen Pembestarian Sekolah juga diterangkan secara ringkas. Program Kampus Astro pula akan kembali ke sekolah pada tahun ini di mana GPM bertindak selaku guru penyelaras. Penyelenggaraan ICT sekolah secara penggantian peralatan pula melibatkan 4 buah sekolah iaitu SK Che Latiff, SK Pulau Kundor, SK Semut Api dan SMK Penambang. Satu majlis Ramah Mesra Aidilfitri telah diadakan bersekali dengan mesyuarat. Kehadiran GPM, GPB/ICT, guru-guru SK Abdul Hadi serta jemputan khas dari BTPN Kelanan dan staf dan pegawai PKG Negeri Kelantan telah menyerikan suasana majlis. Pelbagai juadah hari raya disediakan di samping dendangan suara oleh pegawai PKG serta guru-guru GPM dan GPB yang menyanyikan lagu hari raya. Program sebegini diharap dapat menguatkan lagi silaturrahim dan pemuafakatan antara GPM/GPB dengan PKG Banggol.
TAKLIMAT PENARAFAN PEMBESTARIAN MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) TAHUN 2016
Aktiviti 4:11 PTGPada hari ini 01 Ogos 2016 bertempat di Dewan Seminar Amanah, BTPN Kelantan, berlangsungnya Taklimat Penarafan Pembestarian Menggunakan Smart School Qualification Standard SSQS Tahun 2016 kepada Guru Penyelaras ICT / Bestari. Taklimat bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 1 tengah hari yang disampaikan oleh saudara Kamal Azrul bin Muhammad – Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Kelantan yang dibantu oleh Zaki Yamani – Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Ketereh. Melalui penggunaan SSQS versi terkini, ternyata memudahkan pihak sekolah di mana pengisian dilakukan oleh responden melalui penggunaan “token” yang diberikan oleh admin kepada setiap Responden. Responden yang terlibat juga tidak tertakluk kepada matapelajaran tertentu. Pengisian SSQS bermula bulan Ogos yang berakhir pada 31 Ogos 2016.
Pada 23 Februari 2016 bertempat di PKG Banggol satu Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol Tahun 2016 telah diadakan dan dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol. Mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti Makmal Komputer Sekolah yang telah diadakan pada tahun lalu seperti Penyelenggaran Peralatan ICT serta HP Multiseat sekolah, pemantauan e-Tek, pengisian online SSQS, program khidmat bantu VLE, talian 1Bestarinet dan Chromebook, laporan penggunaan VLE sekolah serta kursus-kursus dan mesyuarat- mesyuarat yang dihadiri oleh GPB/GPICT sepanjang tahun lalu. Juga diadakan perbentangan laporan aktiviti makmal komputer oleh SJK (C) Chung Hwa. Perancangan aktiviti tahun 2016 telah dibentangkan seperti Pemantauan eTek ke sekolah, Penyelenggaraan ICT 2016 dan HP-Multiseat, Frog VLE, MBMMBI serta pengagihan Netbook 1 Malaysia.
Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Maya Frog VLE Siri 3 sekolah kelompok PKG Banggol telah diadakan pada 14 – 15 Setember 2015 bertempat di PKG Banggol. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Guru Bahasa Inggeris Tingkatan 2 dari sekolah menengah dan Guru Bahasa Inggeris Tahun 5 dari sekolah rendah mengikuti bengkel tersebut. Penceramah yang dijemput adalah En. Abdullah Bin Bakar – Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Banggol. En. Ramli Bin Ab Ghani – Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Banggol telah merasmikan bengkel tersebut.
Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi menghasilkan laman pembelajaran maya VLE bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan 2 bagi sekolah menengah dan Bahasa Inggeris Tahun 5 bagi sekolah rendah sebagaimana yang diarahkan oleh KPM untuk menghasilkan 10,000 tajuk laman pembelajaran bagi tahun 2015.
Laman pembelajaran yang telah siap dan sempurna dimuatnaik ke Moe Repository untuk penilaian. Laman yang menarik akan dimasukkan ke dalam Frogstore sebagai bahan perkongsian. Melalui bengkel ini diharap guru-guru akan lebih mahir untuk membangunkan laman pembelajaran maya yang lebih interaktif dan lebih berkesan di kemudian hari di samping dapat meningkatkan penguasaan ICT guru-guru.
BENGKEL PENGINTEGRASIAN VLE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) UNTUK GM1M DAERAH KOTA BHARU
Bengkel 10:13 PGPKG Daerah Kota Bharu telah menganjurkan Bengkel Pengintegrasian VLE Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Untuk Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) Daerah Kota Bharu yang bertempat di Makmal Komputer, SK Kota, Kota Bharu. Seramai 65 orang GM1M Daerah Kota Bharu telah berbengkel untuk memantapkan lagi penggunaan VLE terutama dalam penghasilan dashboard sekolah. GM1M berperanan untuk menggerakkan VLE di sekolah masing-masing dengan melatih Guru Muda di sekolah masing-masing yang seterusnya membimbing guru-guru serta pelajar mengaplikasikan VLE dalam PdP di sekolah. Beberapa strategi dirancang untuk dilaksanakan di peringkat sekolah bagi menggerakkan penggunaan VLE, antaranya:-
a) Menubuhkan Jawatankuasa (Task Force) Program Pemantapan GM1M dalam VLE Frog b) Merancang Pelan Tindakan Program Pemantapan GM1M dalam VLE Frog. c) Memberi latihan pengenalan kepada kumpulan sasar membina dashboard VLE. d) Sekolah menguatkuasakan di mana GM1M ini akan memaklumkan Penggunaan VLE dalam PdP kepada kumpulan ( guru muda). e) Membuat pelaporan dan dokumentasi penggunaan VLE dalam PdP diperingkat sekolah. f) Menghantar pelaporan dan dokumentasi ke PKG masing - masing. g) JPN melaporkan kepda KPM.
BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA FROG VLE SIRI 2 SEKOLAH KELOMPOK PKG BANGGOL TAHUN 2015 & TAKLIMAT PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) 2015
Bengkel 10:09 PGPada hari ini 28 Julai 2015 bertempat di PKG Banggol, berlangsungnya Taklimat Penarafan Pembestarian Menggunakan Smart School Qualification Standard SSQS Versi 3.0 Tahun 2015 kepada Guru Penyelaras ICT / Bestari. Taklimat bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 12 tengah hari yang disampaikan oleh saudara Abdullah Bin Bakar – Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Banggol. Melalui penggunaan SSQS versi 3.0 ini, ternyata memudahkan pihak sekolah di mana pengisian dilakukan oleh responden melalui penggunaan “token” yang diberikan oleh admin kepada setiap Responden. Responden yang terlibat juga tidak tertakluk kepada matapelajarantertentu. Peserta juga ditayangkan dengan Keputusan SSQS 2014 di mana 3 sekolah mencapai 5 bintang iaitu SMK Kedai Buloh, SJK (C) Chung Hwa dan SK Padang Garong 1. Sebelum berakhir, sekolah diingatkan supaya melaksanakan pengisian SSQS sebelum atau 30 Ogos 2015.
Serentak dengannya PKG Banggol juga telah melaksanakan Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Maya Frog VLE Siri 2 sekolah kelompok PKG Banggol yang diadakan selama 2 hari iaitu dari 28 hingga 29 Julai 2015 bertempat di PKG Banggol. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Guru Sains Tingkatan 2 dari sekolah menengah dan Guru Matematik Tahun 5 dari sekolah rendah mengikuti bengkel tersebut. Penceramah yang dijemput adalah En. Muhd Ismahawaii Bin Ismail – Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Pasir Pekan. En. Mohd Kamal Azrul Bin Mohamad – Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Kelantgan telah dijemput untuk merasmikan bengkel tersebut. Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi menghasilkan laman pembelajaran maya VLE bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 2 bagi sekolah menengah dan Matematik Tahun 5 bagi sekolah rendah sebagaimana yang diarahkan oleh KPM untuk menghasilkan 10,000 tajuk laman pembelajaran bagi tahun 2015. Lebih istimewa, bengkel kali ini turut dihadiri oleh peserta dari sekolah Pendidikan Khas iaitu SMK Ismail Petra, SMK Kedai Buloh, SK Che Latiff, SK KG Sireh, SK Kedai Buloh 2, SK Padang Garong 2 dan SK Tengku Indera Petra. Laman pembelajaran yang telah siap dan sempurna dimuatnaik ke Moe Repository untuk penilaian. Laman yang menarik akan dimasukkan ke dalam Frogstore sebagai bahan perkongsian. Melalui bengkel ini diharap guru-guru akan lebih mahir untuk membangunkan laman pembelajaran maya yang lebih interaktif dan lebih berkesan di kemudian hari di samping dapat meningkatkan penguasaan ICT guru-guru.
Pada 28 – 29 Jun 2015, bertempat di SMK Dato’Ahmad Maher telah berlangsungnya Taklimat Peningkatan Penggunaan VLE 1Bestarinet kepada Admin VLE sekolah kelompok PKG Daerah Kota Bharu. Taklimat ini diadakan untuk menerangkan dasar dan punca kuasa penggunaan VLE dalam PdP di sekolah. Tunjuk cara penggunaan aspek teknikal dan data penggunaan VLE kepada Admin VLE sekolahjuga diterangkan. Perbentangan tentang kaedah penggunaan pula adalah mengikut kehendak kurikulum di sekolah sebagai bahan bantu mengajar. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tapang iaitu En. Dazuki Bin Mat Daud dan En. Faizal bin Md Noor – Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kota. Selain itu, 2 orang wakil telah dijemput untuk memberikan ucapan mengenai Cara Meningkatkan Penggunaan VLE di Sekolah iaitu Pn Wan Azrina bt Wan Mohd Zulki dari SMK Kubang Kerian dan Pn Azahazreen Bt Abbas - SMK Kota. Taklimat ini telah dirasmikan oleh Hj Che Ab Aziz Bin Hj Daud - Ketua Pegawai PPD Kota Bharu bersama Cik Wan Noor Asyikin Bt Wan Abdullah - Penolong PPD B.Inggeris (Rendah). Melalui taklimat yang dijalankan ini diharapkan agar semua sekolah melalui pentadbir serta admin VLE sekolah dapat meningkatkan tahap penggunaan VLE agar mencapai KPI yang ditetapkan serta dapat menyebarluaskan penggunaan VLE kepada semua warga sekolah selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan penggunaan plantar pembelajaran maya VLE dalam PdP agar dapat direalisasikan.
Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Maya Frog VLE sekolah kelompok PKG Banggol telah diadakan pada 8 hingga 9 April 2015 bertempat di PKG Banggol. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Guru Sains Tingkatan 2 dari sekolah menengah dan Guru Matematik Tahun 5 dari sekolah rendah mengikuti bengkel tersebut. Penceramah yang dijemput adalah En. Zaki Yamani bin Muhamad – Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Gaal. En. Asri bin Zawawi - Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Kelantan telah dijemput untuk merasmikan bengkel tersebut.
Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi menghasilkan laman pembelajaran maya VLE bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 2 bagi sekolah menengah dan Matematik Tahun 5 bagi sekolah rendah sebagaimana yang diarahkan oleh KPM untuk menghasilkan 10,000 tajuk laman pembelajaran bagi tahun 2015. Sekolah perlu menggunakan laman Sekolah Maya KPM dengan login PKG Banggol untuk menghasilkan laman pembelajaran. Laman yang dihasilkan akan dimuatnaik ke Moe Repository untuk penilaian. Laman yang menarik akan dimasukkan ke dalam Frogstore sebagai bahan perkongsian. Melalui bengkel ini diharap guru-guru akan lebih mahir untuk membangunkan laman pembelajaran maya yang lebih interaktif dan lebih berkesan di kemudian hari di samping dapat meningkatkan penguasaan ICT guru-guru.













