Warga PKG Banggol mengalu-alukan kedatangan pihak BTPN Kelantan yang diwakili oleh En. Wan Mohd Zulki bin Wan Husin selaku Ketua Unit Pengurusan Sumber Pendidikan dan En. Nasir bin Mat Taha untuk mengadakan lawatan ke PKG Banggol bagi pemantauan awal tahun 2019. Misinya adalah bagi memastikan pusat kegiatan guru dalam keadaan terurus dengan baik, berinformasi serta menjadikan persekitaran yang kondusif dan selesa untuk guru-guru. Pemantauan tersebut merangkumi aspek - aspek sistem fail,dokumentasi,rekod-rekod,keceriaan dan sebagainya.
PENAFIAN
Pihak PKG Banggol tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan
oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
0 ulasan