Pada 7 Mac 2017 bertempat di PKG Banggol satu Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Guru Penyelaras Bestari & ICT sekolah kelompok PKG Banggol Tahun 2017 telah diadakan dan dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Penyelaras Bestari & ICT sekolah kelompok PKG Banggol.
Pada 6 Mac 2017 bertempat di PKG Banggol satu Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah kelompok PKG Banggol Tahun 2017 telah diadakan dan dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Perpustakaan dan Media sekolah kelompok PKG Banggol.
Puan Che Faridah Binti Hat yang juga bekas GPM dari SMK Kota Bharu dijemput bagi memberikan perkongsian tentang program Nilam yang ditambah baik untuk dilaksanakan disekolah bermula tahun ini. Mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti dan pencapaian Pusat Sumber Sekolah daerah Kota Bharu dan kelompok PKG Banggol khasnya. Penekanan diberikan terutama berkaitan sistem fail dan sudut-sudut di PSS. Aktiviti pemantauan PSS juga diterangkan dengan jelas. Perancangan aktiviti tahun 2017 juga telah dibentangkan seperti Idola Nilam, Anugerah PSS Cemerlang, Frog VLE, EduwebTV serta MBMMBI.
Puan Che Faridah Binti Hat yang juga bekas GPM dari SMK Kota Bharu dijemput bagi memberikan perkongsian tentang program Nilam yang ditambah baik untuk dilaksanakan disekolah bermula tahun ini. Mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti dan pencapaian Pusat Sumber Sekolah daerah Kota Bharu dan kelompok PKG Banggol khasnya. Penekanan diberikan terutama berkaitan sistem fail dan sudut-sudut di PSS. Aktiviti pemantauan PSS juga diterangkan dengan jelas. Perancangan aktiviti tahun 2017 juga telah dibentangkan seperti Idola Nilam, Anugerah PSS Cemerlang, Frog VLE, EduwebTV serta MBMMBI.
PKG Banggol dan Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit Pembestarian Sekolah BTPN Kelantan iaitu En. Mohd Kamal Azrul Bin Muhammad telah bersama-sama ke SK Padang Garong 1 untuk melaksanakan program khidmat bantu makmal komputer setelah menerima aduan dari pihak sekolah. Turut serta En. Wan Ariff Bin Wan Zakaria selaku guru penyelaras ICT sekolah tersebut. Pihak sekolah baru sahaja mendapat meja gantian yang baru disebabkan makmal komputer 2 dilanda banjir tahun 2014. Permasalahan yang diambil tindakan adalah berkaitan PC yang tidak dapat dihidupkan, masalah window dan PC yang tidak dapat menyambung capaian internet. PC telah disusun semula manakala kabel-kabel telah dicabut dan dipasang semula agar kelihatan lebih kemas dan selesa untuk digunakan.Pihak PKG Banggol akan membuat tindakan susulan ke makmal komputer ini untuk memperkemaskan aplikasi dan window pada komputer tersebut. Hasil daripada khidmat bantu ini sebanyak 11 buah PC sudah dapat digunakan sepenuhnya.
1 Januari 2017 adalah tarikh terakhir perkhidmatan En. Asraf Ridzuan Bin Abu Samah selaku Pembantu Tadbir di Pusat Kegiatan Guru Banggol. Beliau kini bertugas di BTPN Kelantan. Sekalung penghargaan serta terima kasih diucapkan kepada beliau yang mana sepanjang perkhidmatan beliau di PKG Banggol beliau telah berkhidmat dengan cemerlang dan komited dalam setiap tugasan yang diberikan dalam meningkatkan tahap pembestarian sekolah kelompok sekaligus meningkatkan kecemerlangan pendidikan. Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau.Terima kasih En Asraf.
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG DAERAH KOTA BHARU BIL 2 TAHUN 2016
Aktiviti 12:15 PTGPKG Daerah Kota Bharu telah menganjurkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Daerah Kota Bharu Bil 2 tahun 2016 pada 27 November 2016 bertempat di bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Sasaran mesyuarat adalah kepada Pengetua dan Guru Besar seluruh daerah. Objektif mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan pelaporan aktiviti PSS dan program Pembestarian ICT bagi tahun 2016 serta program yang dirancang bagi tahun 2017. Perbincangan juga meliputi pencapaian-pencapaian tahun 2016 seperti SSQS, penyelenggaraan ICT, Makmal Komputer sekolah, iNILAM, pertandingan Tokoh Nilam dan pertandingan Anugerah PSS Cemerlang yang disampaikan oleh En. Muhd Ismahawaii bin Ismail – Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kota. Selain itu, sekolah juga diberi taklimat kepentingan meningkatkan tahap kesedaran tentang budaya membaca dikalangan warga sekolah selaras dengan pelaksanaan program NILAM. PSS pula perlu diurus dengan baik agar penggunaannya dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan murid sekolah. Justeru, sekolah diseru untuk meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT. Hj. Mohd Ezani binn Awang – Pegawai PPD Kota Bharu telah dijemput khas untuk memberikan ucapan yang mengupas mengenai penggunaan VLE di sekolah dan menyeru agar sekolah dapat meningkatkan penggunaan VLE selaras dengan hasrat KPM untuk membudayakan penggunaan teknologi pendidikan dalam PdP di sekolah. En Nasir bin Mohd Noor - Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan telah membentangkan program dan aktiviti Pembestarian Sekolah. Sebelum berakhir program, majlis penyampaian sijil anugerah kepada sekolah yang cemerlang di dalam aspek Pembestarian Sekolah.
31 Oktober 2016 adalah tarikh terakhir perkhidmatan Pegawai Teknologi Pendidikan - Pusat Kegiatan Guru Banggol iaitu En. Ramli bin Ab Ghani. PKG Banggol serta BTPN Kelantan kini kehilangan seorang pegawai yang amat berdedikasi dan paling senior dalam organisasi. Sekalung penghargaan serta terima kasih diucapkan kepada beliau yang mana sepanjang perkhidmatan beliau di PKG Banggol telah menempa pelbagai kecemerlangan dan kejayaan terutama dalam meningkatkan tahap pembestarian sekolah kelompok sekaligus meningkatkan kecemerlangan pendidikan. Terima kasih En. RAMLI!!
MESYUARAT PENYELARASAN GPM & GPB SEKOLAH KELOMPOK PKG BANGGOL Bil 2 TAHUN 2016 & MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI 2016
Aktiviti 4:17 PTGPada 02 Ogos 2016 bertempat di PKG Banggol Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dan Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol Tahun 2016 telah diadakan yang dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Perpustakaan dan Media dan 35 orang Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol. Mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer yang telah diadakan seperti Pengisian data i-Nilam, SSQS, MBMMBI serta aktiviti yang dianjurkan oleh pkg seperti Program Khidmat Bantu Pembestarian Sekolah, Khidmat Bantu VLE dan Pertandingan Idola Nilam PPD Kota Bharu 2017. Aktiviti pemantauan PSS / Makmal Komputer berpandukan Instrumen Pembestarian Sekolah juga diterangkan secara ringkas. Program Kampus Astro pula akan kembali ke sekolah pada tahun ini di mana GPM bertindak selaku guru penyelaras. Penyelenggaraan ICT sekolah secara penggantian peralatan pula melibatkan 4 buah sekolah iaitu SK Che Latiff, SK Pulau Kundor, SK Semut Api dan SMK Penambang. Satu majlis Ramah Mesra Aidilfitri telah diadakan bersekali dengan mesyuarat. Kehadiran GPM, GPB/ICT, guru-guru SK Abdul Hadi serta jemputan khas dari BTPN Kelanan dan staf dan pegawai PKG Negeri Kelantan telah menyerikan suasana majlis. Pelbagai juadah hari raya disediakan di samping dendangan suara oleh pegawai PKG serta guru-guru GPM dan GPB yang menyanyikan lagu hari raya. Program sebegini diharap dapat menguatkan lagi silaturrahim dan pemuafakatan antara GPM/GPB dengan PKG Banggol.
TAKLIMAT PENARAFAN PEMBESTARIAN MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) TAHUN 2016
Aktiviti 4:11 PTGPada hari ini 01 Ogos 2016 bertempat di Dewan Seminar Amanah, BTPN Kelantan, berlangsungnya Taklimat Penarafan Pembestarian Menggunakan Smart School Qualification Standard SSQS Tahun 2016 kepada Guru Penyelaras ICT / Bestari. Taklimat bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 1 tengah hari yang disampaikan oleh saudara Kamal Azrul bin Muhammad – Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Kelantan yang dibantu oleh Zaki Yamani – Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Ketereh. Melalui penggunaan SSQS versi terkini, ternyata memudahkan pihak sekolah di mana pengisian dilakukan oleh responden melalui penggunaan “token” yang diberikan oleh admin kepada setiap Responden. Responden yang terlibat juga tidak tertakluk kepada matapelajaran tertentu. Pengisian SSQS bermula bulan Ogos yang berakhir pada 31 Ogos 2016.
PKG Daerah Kota Bharu dengan kerjasama PPD Kota Bharu telah mengadakan Program Tokoh Nilam PPD Kota Bharu 2017 bagi mencari wakil ke pertandingan Tokoh Nilam Peringkat negeri untuk tahun 2017. Seramai 50 orang pelajar yang terdiri dari 22 orang pelajar sekolah rendah dan 28 orang pelajar sekolah menengah telah menyertai program ini dalam 4 kategori iaitu Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Bahasa Inggeris Sekolah Rendah, Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah. Seramai 10 orang guru GPM dari sekolah kelompok PKG Kota Bharu telah dilantik sebagai hakim pertandingan. Akitiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti:-
• Ujian Penulisan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris • Ujian Individu – Kemahiran Membaca • Ujian Individu – Pengesanan Pengetahuan • Ujian Individu – Penghayatan & Aspirasi Pembacaan • Ujian Berkumpulan
PKG Banggol mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan berharap dapat melonjakkan kecemerlangan di peringkat serta negeri dan kebangsaan. Senarai pemenang adalah seperti berikut:-
PKG Daerah Kota Bharu telah menganjurkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Daerah Kota Bharu pada 27 April 2016 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab, Kota Bharu. Sasaran mesyuarat adalah kepada Pengetua dan Guru Besar seluruh daerah. Objektif mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan pelaporan aktiviti PSS dan program Pembestarian ICT bagi tahun 2015 serta program yang dirancang bagi tahun 2016. Perbincangan juga meliputi pencapaian-pencapaian tahun 2015 seperti SSQS, penyelenggaraan ICT, Makmal Komputer sekolah, iQ-PSS, iNILAM, dan pertandingan Anugerah PSS Cemerlang yang disampaikan oleh En. Muhd Ismahawaii bin Ismail – Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kota. Selain itu, sekolah juga diberi taklimat kepentingan meningkatkan tahap kesedaran tentang budaya membaca dikalangan warga sekolah selaras dengan pelaksanaan program NILAM. PSS pula perlu diurus dengan baik agar penggunaannya dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan murid sekolah. Justeru, sekolah diseru untuk meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT. Tn. Hj. Shamsul Bahari bin Jaafar – Timb. PPD Kota Bharu telah dijemput khas untuk memberikan ucapan yang mengupas mengenai penggunaan VLE di sekolah dan menyeru agar sekolah dapat meningkatkan penggunaan VLE selaras dengan hasrat KPM untuk membudayakan penggunaan teknologi pendidikan dalam PdP di sekolah. En Mohd Asri bin Mohd Zawawi - Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan telah membentangkan program dan aktiviti Pembestarian Sekolah. Sebelum berakhir program, majlis penyampaian sijil anugerah kepada sekolah yang cemerlang di dalam aspek Pembestarian Sekolah.
PKG Banggol telah mengadakan satu taklimat khas kepada penyelaras Nilam sekolah kelompok PKG Banggol pada 30 Mac 2016 yang lalu bertempat di PKG Banggol. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang cara-cara untuk membuat backup data Nilam dari sistem i-Nilam Tarantula. Data murid serta rekod bacaan perlu disimpan secara offline menggunakan borang manual Nilam dan perlu dibuat oleh setiap Guru Nilam berdasarkan bilangan kelas serta murid di kelas berkenaan. Penyelaras Nilam bertanggungjawab sebagai penyelaras data Nilam di sekolah. Kutipan akan dilaksanakan setiap 3 bulan dan akan dihantar ke BTPN/BTP secara klompok. Adalah diharapkan agar semua penyelaras Nilam sekolah kelompok dapat memainkan peranan agar kutipan data Nilam akan berjalan dengan lancar.
PKG Banggol telah mengadakan Program Idola Nilam Peringkat PKG Banggol Tahun 2016 bagi mencari wakil ke pertandingan Tokoh Nilam Peringkat Daerah yang akan diadakan pada 1 Mac 2016 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Kota. Seramai 27 orang pelajar yang terdiri dari 13 orang pelajar sekolah rendah dan 14 orang pelajar sekolah menengah telah menyertai program ini dalam 4 kategori iaitu Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Bahasa Inggeris Sekolah Rendah, Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah. 4 orang guru-guru sekolah kelompok telah dilantik sebagai hakim pertandingan. Akitiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti:-
• Ujian Individu – Pengesanan Pengetahuan
• Ujian Berkumpulan
PKG Banggol mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan berharap dapat melonjakkan kecemerlangan di peringkat daerah serta negeri. Senarai pemenang adalah seperti berikut:-
Pada 23 Februari 2016 bertempat di PKG Banggol satu Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol Tahun 2016 telah diadakan dan dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol. Mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti Makmal Komputer Sekolah yang telah diadakan pada tahun lalu seperti Penyelenggaran Peralatan ICT serta HP Multiseat sekolah, pemantauan e-Tek, pengisian online SSQS, program khidmat bantu VLE, talian 1Bestarinet dan Chromebook, laporan penggunaan VLE sekolah serta kursus-kursus dan mesyuarat- mesyuarat yang dihadiri oleh GPB/GPICT sepanjang tahun lalu. Juga diadakan perbentangan laporan aktiviti makmal komputer oleh SJK (C) Chung Hwa. Perancangan aktiviti tahun 2016 telah dibentangkan seperti Pemantauan eTek ke sekolah, Penyelenggaraan ICT 2016 dan HP-Multiseat, Frog VLE, MBMMBI serta pengagihan Netbook 1 Malaysia.
Pada 22 Februari 2016 bertempat di PKG Banggol satu Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah kelompok PKG Banggol Tahun 2016 telah diadakan dan dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Perpustakaan dan Media sekolah kelompok PKG Banggol. Mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti Pusat Sumber Sekolah yang telah diadakan pada tahun lalu seperti Pengisian data IQ-PSS, i-Nilam serta aktiviti yang dianjurkan oleh pkg seperti Program Khidmat Bantu PSS, Khidmat Bantu VLE serta kursus-kursus dan mesyuarat- mesyuarat yang dihadiri oleh GPM sepanjang tahun lalu. Aktiviti pemantauan PSS juga diterangkan dengan jelas. Perancangan aktiviti tahun 2015 juga telah dibentangkan seperti Idola Nilam, Anugerah PSS Cemerlang, Frog VLE serta MBMMBI.
Pegawai dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP) iaitu En. Mohd Faizal bin Md Noor dan En. Noor Azman bin Mohd Noor juga telah dijemput memberikan sepatah dua serta membentangkan pelaporan aktiviti UPSP sepanjang tahun 2015 serta perancangan aktiviti UPSP 2016.
1 Januari 2016 PKG Banggol telah kehilangan seorang pegawai yang amat disanjungi dan penuh dedikasi yang bertukar ke Pusat Kegiatan Guru Pasir Pekan. Sepanjang beliau bersama PKG Banggol telah menempa pelbagai kejayaan terutama Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Tahun 2015 selain mengangkat pkg dalam bidang pengurusan PSS dan ICT di sekolah kelompok. Walaubagaimanapun kehilangan beliau telah diisi oleh seorang lagi pegawai yang berpengalaman dan berkaliber iaitu saudara Farizul Karimi Ibrahim yang bertukar setara dari Pusat Kegiatan Guru Tumpat. Semoga dengan pertukaran ini dapat meneruskan lagi legasi kecemerlangan yang dicapai serta dapat melonjakkan kelestarian sekolah kelompok PKG Banggol. Tahniah diucapkan.























