MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG DAERAH KOTA BHARU TAHUN 2016

12:42 PTG


PKG Daerah Kota Bharu telah menganjurkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Daerah Kota Bharu pada 27 April 2016 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab, Kota Bharu. Sasaran mesyuarat adalah kepada Pengetua dan Guru Besar seluruh daerah. Objektif mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan pelaporan aktiviti PSS dan program Pembestarian ICT bagi tahun 2015 serta program yang dirancang bagi tahun 2016. Perbincangan juga meliputi pencapaian-pencapaian tahun 2015 seperti SSQS, penyelenggaraan ICT, Makmal Komputer sekolah, iQ-PSS, iNILAM, dan pertandingan Anugerah PSS Cemerlang yang disampaikan oleh En. Muhd Ismahawaii bin Ismail – Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kota. Selain itu, sekolah juga diberi taklimat kepentingan meningkatkan tahap kesedaran tentang budaya membaca dikalangan warga sekolah selaras dengan pelaksanaan program NILAM. PSS pula perlu diurus dengan baik agar penggunaannya dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan murid sekolah. Justeru, sekolah diseru untuk meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT. Tn. Hj. Shamsul Bahari bin Jaafar – Timb. PPD Kota Bharu telah dijemput khas untuk memberikan ucapan yang mengupas mengenai penggunaan VLE di sekolah dan menyeru agar sekolah dapat meningkatkan penggunaan VLE selaras dengan hasrat KPM untuk membudayakan penggunaan teknologi pendidikan dalam PdP di sekolah. En Mohd Asri bin Mohd Zawawi - Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan telah membentangkan program dan aktiviti Pembestarian Sekolah. Sebelum berakhir program, majlis penyampaian sijil anugerah kepada sekolah yang cemerlang di dalam aspek Pembestarian Sekolah.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

PAUTAN LAIN



Popular Posts

Follow us