Pada 7 Mac 2017 bertempat di PKG Banggol satu Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Guru Penyelaras Bestari & ICT sekolah kelompok PKG Banggol Tahun 2017 telah diadakan dan dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Penyelaras Bestari & ICT sekolah kelompok PKG Banggol.
PKG Banggol dan Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit Pembestarian Sekolah BTPN Kelantan iaitu En. Mohd Kamal Azrul Bin Muhammad telah bersama-sama ke SK Padang Garong 1 untuk melaksanakan program khidmat bantu makmal komputer setelah menerima aduan dari pihak sekolah. Turut serta En. Wan Ariff Bin Wan Zakaria selaku guru penyelaras ICT sekolah tersebut. Pihak sekolah baru sahaja mendapat meja gantian yang baru disebabkan makmal komputer 2 dilanda banjir tahun 2014. Permasalahan yang diambil tindakan adalah berkaitan PC yang tidak dapat dihidupkan, masalah window dan PC yang tidak dapat menyambung capaian internet. PC telah disusun semula manakala kabel-kabel telah dicabut dan dipasang semula agar kelihatan lebih kemas dan selesa untuk digunakan.Pihak PKG Banggol akan membuat tindakan susulan ke makmal komputer ini untuk memperkemaskan aplikasi dan window pada komputer tersebut. Hasil daripada khidmat bantu ini sebanyak 11 buah PC sudah dapat digunakan sepenuhnya.
Pada selasa 31 Januari 2017 telah diadakan majlis perhimpunan bulanan peringkat BTPN Kelantan dan majlis persaraan dua orang Pegawai Teknologi Pendidikan PKG iaitu En. Mat Nasir Bin Mat Seman dari PKG Banggol dan En. Kamsani Bin Salip dari PKG Kg. Chap.
Masalah kesihatan memaksa mereka membuat pilihan bersara awal terutama En. Mat Nasir yang menghidap penyakit yang kronik sehingga menyebabkan kedua-dua belah matanya manjadi buta. Sekali lagi PKG Banggol kehilangan khidmat seorang pegawai yang serba boleh dan antara yang senior dalam organisasi.
Sekalung penghargaan serta jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau yang mana sepanjang perkhidmatan beliau di PKG Banggol banyak pencapaian telah dikecapi. Diharapkan dengan persaraan ini beliau dapat beristirehat dan membuat rawatan yang secukupnya agar kesihatan beliau kembali pulih. Isyaallah..
Masalah kesihatan memaksa mereka membuat pilihan bersara awal terutama En. Mat Nasir yang menghidap penyakit yang kronik sehingga menyebabkan kedua-dua belah matanya manjadi buta. Sekali lagi PKG Banggol kehilangan khidmat seorang pegawai yang serba boleh dan antara yang senior dalam organisasi.
Sekalung penghargaan serta jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau yang mana sepanjang perkhidmatan beliau di PKG Banggol banyak pencapaian telah dikecapi. Diharapkan dengan persaraan ini beliau dapat beristirehat dan membuat rawatan yang secukupnya agar kesihatan beliau kembali pulih. Isyaallah..
1 Januari 2017 adalah tarikh terakhir perkhidmatan En. Asraf Ridzuan Bin Abu Samah selaku Pembantu Tadbir di Pusat Kegiatan Guru Banggol. Beliau kini bertugas di BTPN Kelantan. Sekalung penghargaan serta terima kasih diucapkan kepada beliau yang mana sepanjang perkhidmatan beliau di PKG Banggol beliau telah berkhidmat dengan cemerlang dan komited dalam setiap tugasan yang diberikan dalam meningkatkan tahap pembestarian sekolah kelompok sekaligus meningkatkan kecemerlangan pendidikan. Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau.Terima kasih En Asraf.
31 Oktober 2016 adalah tarikh terakhir perkhidmatan Pegawai Teknologi Pendidikan - Pusat Kegiatan Guru Banggol iaitu En. Ramli bin Ab Ghani. PKG Banggol serta BTPN Kelantan kini kehilangan seorang pegawai yang amat berdedikasi dan paling senior dalam organisasi. Sekalung penghargaan serta terima kasih diucapkan kepada beliau yang mana sepanjang perkhidmatan beliau di PKG Banggol telah menempa pelbagai kecemerlangan dan kejayaan terutama dalam meningkatkan tahap pembestarian sekolah kelompok sekaligus meningkatkan kecemerlangan pendidikan. Terima kasih En. RAMLI!!
MESYUARAT PENYELARASAN GPM & GPB SEKOLAH KELOMPOK PKG BANGGOL Bil 2 TAHUN 2016 & MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI 2016
Aktiviti 4:17 PTGPada 02 Ogos 2016 bertempat di PKG Banggol Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dan Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol Tahun 2016 telah diadakan yang dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Perpustakaan dan Media dan 35 orang Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol. Mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer yang telah diadakan seperti Pengisian data i-Nilam, SSQS, MBMMBI serta aktiviti yang dianjurkan oleh pkg seperti Program Khidmat Bantu Pembestarian Sekolah, Khidmat Bantu VLE dan Pertandingan Idola Nilam PPD Kota Bharu 2017. Aktiviti pemantauan PSS / Makmal Komputer berpandukan Instrumen Pembestarian Sekolah juga diterangkan secara ringkas. Program Kampus Astro pula akan kembali ke sekolah pada tahun ini di mana GPM bertindak selaku guru penyelaras. Penyelenggaraan ICT sekolah secara penggantian peralatan pula melibatkan 4 buah sekolah iaitu SK Che Latiff, SK Pulau Kundor, SK Semut Api dan SMK Penambang. Satu majlis Ramah Mesra Aidilfitri telah diadakan bersekali dengan mesyuarat. Kehadiran GPM, GPB/ICT, guru-guru SK Abdul Hadi serta jemputan khas dari BTPN Kelanan dan staf dan pegawai PKG Negeri Kelantan telah menyerikan suasana majlis. Pelbagai juadah hari raya disediakan di samping dendangan suara oleh pegawai PKG serta guru-guru GPM dan GPB yang menyanyikan lagu hari raya. Program sebegini diharap dapat menguatkan lagi silaturrahim dan pemuafakatan antara GPM/GPB dengan PKG Banggol.
TAKLIMAT PENARAFAN PEMBESTARIAN MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) TAHUN 2016
Aktiviti 4:11 PTGPada hari ini 01 Ogos 2016 bertempat di Dewan Seminar Amanah, BTPN Kelantan, berlangsungnya Taklimat Penarafan Pembestarian Menggunakan Smart School Qualification Standard SSQS Tahun 2016 kepada Guru Penyelaras ICT / Bestari. Taklimat bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 1 tengah hari yang disampaikan oleh saudara Kamal Azrul bin Muhammad – Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Kelantan yang dibantu oleh Zaki Yamani – Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Ketereh. Melalui penggunaan SSQS versi terkini, ternyata memudahkan pihak sekolah di mana pengisian dilakukan oleh responden melalui penggunaan “token” yang diberikan oleh admin kepada setiap Responden. Responden yang terlibat juga tidak tertakluk kepada matapelajaran tertentu. Pengisian SSQS bermula bulan Ogos yang berakhir pada 31 Ogos 2016.
1 Januari 2016 PKG Banggol telah kehilangan seorang pegawai yang amat disanjungi dan penuh dedikasi yang bertukar ke Pusat Kegiatan Guru Pasir Pekan. Sepanjang beliau bersama PKG Banggol telah menempa pelbagai kejayaan terutama Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Tahun 2015 selain mengangkat pkg dalam bidang pengurusan PSS dan ICT di sekolah kelompok. Walaubagaimanapun kehilangan beliau telah diisi oleh seorang lagi pegawai yang berpengalaman dan berkaliber iaitu saudara Farizul Karimi Ibrahim yang bertukar setara dari Pusat Kegiatan Guru Tumpat. Semoga dengan pertukaran ini dapat meneruskan lagi legasi kecemerlangan yang dicapai serta dapat melonjakkan kelestarian sekolah kelompok PKG Banggol. Tahniah diucapkan.
BENGKEL PENGINTEGRASIAN VLE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) UNTUK GM1M DAERAH KOTA BHARU
Bengkel 10:13 PGPKG Daerah Kota Bharu telah menganjurkan Bengkel Pengintegrasian VLE Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Untuk Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) Daerah Kota Bharu yang bertempat di Makmal Komputer, SK Kota, Kota Bharu. Seramai 65 orang GM1M Daerah Kota Bharu telah berbengkel untuk memantapkan lagi penggunaan VLE terutama dalam penghasilan dashboard sekolah. GM1M berperanan untuk menggerakkan VLE di sekolah masing-masing dengan melatih Guru Muda di sekolah masing-masing yang seterusnya membimbing guru-guru serta pelajar mengaplikasikan VLE dalam PdP di sekolah. Beberapa strategi dirancang untuk dilaksanakan di peringkat sekolah bagi menggerakkan penggunaan VLE, antaranya:-
a) Menubuhkan Jawatankuasa (Task Force) Program Pemantapan GM1M dalam VLE Frog b) Merancang Pelan Tindakan Program Pemantapan GM1M dalam VLE Frog. c) Memberi latihan pengenalan kepada kumpulan sasar membina dashboard VLE. d) Sekolah menguatkuasakan di mana GM1M ini akan memaklumkan Penggunaan VLE dalam PdP kepada kumpulan ( guru muda). e) Membuat pelaporan dan dokumentasi penggunaan VLE dalam PdP diperingkat sekolah. f) Menghantar pelaporan dan dokumentasi ke PKG masing - masing. g) JPN melaporkan kepda KPM.

















