TAKLIMAT PENINGKATAN PENGGUNAAN VLE 1BESTARINET 2015
1:33 PTG
Pada 28 – 29 Jun 2015, bertempat di SMK Dato’Ahmad Maher telah berlangsungnya Taklimat Peningkatan Penggunaan VLE 1Bestarinet kepada Admin VLE sekolah kelompok PKG Daerah Kota Bharu. Taklimat ini diadakan untuk menerangkan dasar dan punca kuasa penggunaan VLE dalam PdP di sekolah. Tunjuk cara penggunaan aspek teknikal dan data penggunaan VLE kepada Admin VLE sekolahjuga diterangkan. Perbentangan tentang kaedah penggunaan pula adalah mengikut kehendak kurikulum di sekolah sebagai bahan bantu mengajar. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tapang iaitu En. Dazuki Bin Mat Daud dan En. Faizal bin Md Noor – Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kota. Selain itu, 2 orang wakil telah dijemput untuk memberikan ucapan mengenai Cara Meningkatkan Penggunaan VLE di Sekolah iaitu Pn Wan Azrina bt Wan Mohd Zulki dari SMK Kubang Kerian dan Pn Azahazreen Bt Abbas - SMK Kota. Taklimat ini telah dirasmikan oleh Hj Che Ab Aziz Bin Hj Daud - Ketua Pegawai PPD Kota Bharu bersama Cik Wan Noor Asyikin Bt Wan Abdullah - Penolong PPD B.Inggeris (Rendah). Melalui taklimat yang dijalankan ini diharapkan agar semua sekolah melalui pentadbir serta admin VLE sekolah dapat meningkatkan tahap penggunaan VLE agar mencapai KPI yang ditetapkan serta dapat menyebarluaskan penggunaan VLE kepada semua warga sekolah selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan penggunaan plantar pembelajaran maya VLE dalam PdP agar dapat direalisasikan.
0 ulasan