Bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, satu majlis Penyerahan Memo Pelantikan Guru Perpustakaan dan Media (GPM)serta Guru Penyelaras Bestari (GPB) telah diadakan pada 4 Mei 2014. Seramai 96 orang GPM dan GPB daerah Kota Bharu yang belum dilantik oleh JPN Kelantan telah menerima Memo Pelantikan yang disampaikan oleh Tn. Hj. Che Aziz Bin Hj. Daud - Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu. Majlis bermula pada jam 2.00 petang dengan pendaftaran peserta. Majlis bacaan doa diketuai oleh saudara Zull Fiqry Azme Bin Abdullah dari PKG Ketereh. Ucapan aluan disampaikan oleh En. Nasir Bin Mohd Noor - Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Selepas itu, majlis menjemput Tn. Hj. Che Aziz Bin Hj. Daud - Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu untuk memberikan ucapan seterusnya menyampaikan memo pelantikan kepada semua peserta.
BENGKEL PEMBINAAN BAHAN MEDIA BAGI MENDOKONG PENGGUNAAN VLE DAN PENGINTEGRASIAN VLE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2014
Bengkel 11:15 PG
Bengkel Pembinaan Bahan Media Bagi Mendokong Penggunaan VLE Dan Pengintegrasian VLE Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014 telah diadakan pada 19 – 20 Mac 2014 bertempat di PKG Banggol. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Guru Pendidikan Agama Islam Tingkatan 3 dari sekolah menengah dan Admin VLE dari sekolah rendah mengikuti bengkel tersebut. Penceramah yang dijemput adalah En. Wan Mohd Mahdi Bin Wan Khaldin – Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Kelantan.
Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi menghasilkan laman pembelajaran maya VLE bagi mata pelajaran agama islam tingkatan 3 sebagaimana yang diarahkan oleh KPM untuk menghasilkan 10,000 tajuk laman pembelajaran bagi tahun 2014. Sekolah perlu menggunakan laman Sekolah Maya KPM dengan login PKG Banggol untuk menghasilkan laman pembelajaran. Laman yang dihasilkan akan dimuatnaik ke Moe Repository untuk penilaian. Laman yang menarik akan dimasukkan ke dalam Frogstore sebagai bahan perkongsian. Sekolah menengah ditugaskan untuk menghasilkan laman pembelajaran bagi matapelajaran agama islam tingkatan 3 manakala bagi sekolah rendah laman pembelajaran yang dihasilkan adalah berdasarkan matapelajaran yang diajar oleh admin VLE tersebut. Melalui bengkel ini diharap guru-guru akan lebih mahir untuk membangunkan laman pembelajaran maya yang lebih interaktif dan lebih berkesan di kemudian hari di samping dapat meningkatkan penguasaan ICT guru-guru.
Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi menghasilkan laman pembelajaran maya VLE bagi mata pelajaran agama islam tingkatan 3 sebagaimana yang diarahkan oleh KPM untuk menghasilkan 10,000 tajuk laman pembelajaran bagi tahun 2014. Sekolah perlu menggunakan laman Sekolah Maya KPM dengan login PKG Banggol untuk menghasilkan laman pembelajaran. Laman yang dihasilkan akan dimuatnaik ke Moe Repository untuk penilaian. Laman yang menarik akan dimasukkan ke dalam Frogstore sebagai bahan perkongsian. Sekolah menengah ditugaskan untuk menghasilkan laman pembelajaran bagi matapelajaran agama islam tingkatan 3 manakala bagi sekolah rendah laman pembelajaran yang dihasilkan adalah berdasarkan matapelajaran yang diajar oleh admin VLE tersebut. Melalui bengkel ini diharap guru-guru akan lebih mahir untuk membangunkan laman pembelajaran maya yang lebih interaktif dan lebih berkesan di kemudian hari di samping dapat meningkatkan penguasaan ICT guru-guru.
PKG Banggol telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Makmal Komputer bil 1 tahun 2014 untuk sekolah kelompok PKG Banggol 2014 bertempat di PKG Banggol pada 11 Mac 2014 yang lalu. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti ICT yang dijalankan pada tahun 2013 dan perancangan aktiviti bagi tahun 2014. Penceramah bagi mesyuarat ini ialah En. Mohd Faizal Bin Md Noor dari PKG Kota dan En. Dazuki Bin Mat Daud dari PKG Tapang.
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah pengisian SPS tahun 2014, khidmat bantu ICT, pelaporan aktiviti 2013 seperti SSQS 2013, penyelenggaraan ICT 2013 dan 2014. Sebanyak 19 sekolah dibekalkan Chromebook dengan semua sekolah telah dilengkapi dengan talian 1Bestarinet. Bahan digital MBMMBI pula telah diedarkan sebanyak 2 kali bagi tahun 2103. Bengkel pembinaan bahan media VLE yang dirancang pula disasarkan kepada sekolah bagi menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam VLE bagi mata pelajaran Agama Islam Tingkatan 3.
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah Kelompok PKG Banggol Bil 1 Tahun 2014
GPM 11:05 PGMesyuarat Penyelarasan Aktiviti PSS PKG Banggol Bil 1 Tahun 2014 telah diadakan di PKG Banggol pada 10 Mac 2014. 35 orang guru perpustakaan dan media sekolah telah menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti PSS yang dijalankan pada tahun 2013 serta perancangan aktiviti bagi tahun 2014. Penceramah bagi mesyuarat ini ialah En. Mohd Faizal Bin Md Noor dari PKG Kota dan En. Dazuki Bin Mat Daud dari PKG Tapang.
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah pengisian data online i-Nilam dan iQ-PSS, Anugerah Tokoh Nilam, Anugerah PSS Cemerlang dan Program Khidmat Bantu PSS. Bahan digital MBMMBI pula telah diedarkan sebanyak 2 kali bagi tahun 2103. Laporan mesyuarat / bengkel dan kursus yang dihadiri oleh GPM juga diterangkan.
Bengkel Penggunaan Dan Pelaksanaan Pengisian Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Sekolah Kelompok PKG Banggol 2014 telah dijalankan oleh PKG Banggol kepada Penyelaras SPS sekolah pada 9 hingga 11 Februari 2014. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal serta penerangan yang jelas langkah-langkah bagi pelaksanaan pengisian modul-modul asas/teras dalam sistem SPS yang perlu dilengkapkan oleh sekolah sebelum 15 Februari 2014. Penceramah bengkel ini iaitu En. Muhd Ismahawaii Bin Ismail - Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Pasir Pekan.
Melalui bengkel peserta diterangkan mengenai modul asas yang perlu dilengkapkan iaitu Pengurusan Maklumat Sekolah, Pengurusan Kemudahan Sekolah, Selenggara Takwim Sekolah, Pengurusan Pentadbir Sistem, Pengurusan Staf dan Pengurusan Murid. Peserta diberi penerangan mengenai selenggaraan aliran persekolahan bagi setiap tahap akademik iaitu Umum, Sains Tulen, Sains Gunaan, Sains Pengurusan, Perdagangan, Sastera, Kejuruteraan, Vokasional dan Agama. Seterusnya, peserta didedahkan dengan cara untuk menambah kemudahan di sekolah yang dikhususkan kepada penggunaan PdP terlebih dahulu seperti bangunan, bilik/darjah dan sebagainya. Mewujudkan kumpulan pengguna Tadbir Guru adalah bagi semua staf bertujuan untuk pengisian maklumat diri staf yang terdiri dari guru dan semua staf di sekolah. Manakala kumpulan TadbirKelas memberi peranan kepada guru kelas membuat pengisian data murid serta kemaskini maklumat murid. Semua data asas staf dan guru sekolah dimasukkan melalui menu tambah pengguna baru serta ditetapkan kumpulan pengguna masing-masing yang menentukan peranan dalam SPS serta tahap capaian. Peserta diberi tunjuk cara langkah-langkah untuk melengkapkan maklumat murid dan maklumat staf yang perlu diadakan melalui bengkel dalaman di sekolah sebelum tarikh akhir pengisian.
Pada hari terakhir, bengkel menerima kunjungan oleh wakil PPD Kota Bahru iaitu En. Farizul Azizi Bin Mamat Pen. PPD (Pengurusan Sekolah) dan En. Lokman Bin Ishak dari BTPN Kelantan yang memantau pelaksanaan bengkel pengisian SPS di PKG Banggol.






