BENGKEL PENGGUNAAN DAN PELAKSANAAN PENGISIAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) SEKOLAH KELOMPOK PKG BANGGOL 2014
4:25 PTG
Bengkel Penggunaan Dan Pelaksanaan Pengisian Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Sekolah Kelompok PKG Banggol 2014 telah dijalankan oleh PKG Banggol kepada Penyelaras SPS sekolah pada 9 hingga 11 Februari 2014. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal serta penerangan yang jelas langkah-langkah bagi pelaksanaan pengisian modul-modul asas/teras dalam sistem SPS yang perlu dilengkapkan oleh sekolah sebelum 15 Februari 2014. Penceramah bengkel ini iaitu En. Muhd Ismahawaii Bin Ismail - Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Pasir Pekan.
Melalui bengkel peserta diterangkan mengenai modul asas yang perlu dilengkapkan iaitu Pengurusan Maklumat Sekolah, Pengurusan Kemudahan Sekolah, Selenggara Takwim Sekolah, Pengurusan Pentadbir Sistem, Pengurusan Staf dan Pengurusan Murid. Peserta diberi penerangan mengenai selenggaraan aliran persekolahan bagi setiap tahap akademik iaitu Umum, Sains Tulen, Sains Gunaan, Sains Pengurusan, Perdagangan, Sastera, Kejuruteraan, Vokasional dan Agama. Seterusnya, peserta didedahkan dengan cara untuk menambah kemudahan di sekolah yang dikhususkan kepada penggunaan PdP terlebih dahulu seperti bangunan, bilik/darjah dan sebagainya. Mewujudkan kumpulan pengguna Tadbir Guru adalah bagi semua staf bertujuan untuk pengisian maklumat diri staf yang terdiri dari guru dan semua staf di sekolah. Manakala kumpulan TadbirKelas memberi peranan kepada guru kelas membuat pengisian data murid serta kemaskini maklumat murid. Semua data asas staf dan guru sekolah dimasukkan melalui menu tambah pengguna baru serta ditetapkan kumpulan pengguna masing-masing yang menentukan peranan dalam SPS serta tahap capaian. Peserta diberi tunjuk cara langkah-langkah untuk melengkapkan maklumat murid dan maklumat staf yang perlu diadakan melalui bengkel dalaman di sekolah sebelum tarikh akhir pengisian.
Pada hari terakhir, bengkel menerima kunjungan oleh wakil PPD Kota Bahru iaitu En. Farizul Azizi Bin Mamat Pen. PPD (Pengurusan Sekolah) dan En. Lokman Bin Ishak dari BTPN Kelantan yang memantau pelaksanaan bengkel pengisian SPS di PKG Banggol.
0 ulasan