­
2015 - PKG BANGGOL

Bengkel 1:25 PTG
Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Maya Frog VLE Siri 3 sekolah kelompok PKG Banggol telah diadakan pada 14 – 15 Setember 2015 bertempat di PKG Banggol. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Guru Bahasa Inggeris Tingkatan 2 dari sekolah menengah dan Guru Bahasa Inggeris Tahun 5 dari sekolah rendah mengikuti bengkel tersebut. Penceramah yang dijemput adalah En. Abdullah Bin Bakar – Pegawai Teknologi Pendidikan,...

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS PKG BANGGOL 2015 – SMK PUTERA

Bengkel 4:16 PTG
PKG Banggol telah menganjurkan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah untuk sekolah menengah pada 18 – 20 Ogos 2015 bertempat di SMK Putera, Kota Bharu. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi khidmat bantu mengenai pengurusan dan pentadbiran PSS yang perlu ditingkatkan terutama dalam aspek pengurusan Fail dan Rekod serta Keceriaan dan Susun Atur Perabot di bilik PSS. Seramai 16 orang Guru Perpustakaan dan...

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS PKG BANGGOL 2015 – SK TENGKU INDERA PETRA

Bengkel 10:18 PG
Satu Program Khidmat Bantu PSS telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra pada 10 – 12 Ogos 2015. Program yang diadakan selama 3 hari ini disertai oleh Guru Perpustakaan dan Media dari sekolah kelompok serta AJK PSS SK Tengku Indera Petra yang dibimbing oleh pegawai dari PKG Banggol. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi khidmat bantu mengenai pengurusan dan pentadbiran PSS yang...

BENGKEL PENGINTEGRASIAN VLE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) UNTUK GM1M DAERAH KOTA BHARU

Bengkel 10:13 PG
PKG Daerah Kota Bharu telah menganjurkan Bengkel Pengintegrasian VLE Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Untuk Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) Daerah Kota Bharu yang bertempat di Makmal Komputer, SK Kota, Kota Bharu. Seramai 65 orang GM1M Daerah Kota Bharu telah berbengkel untuk memantapkan lagi penggunaan VLE terutama dalam penghasilan dashboard sekolah. GM1M berperanan untuk menggerakkan VLE di sekolah masing-masing dengan melatih Guru Muda...

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA FROG VLE SIRI 2 SEKOLAH KELOMPOK PKG BANGGOL TAHUN 2015 & TAKLIMAT PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) 2015

Bengkel 10:09 PG
Pada hari ini 28 Julai 2015 bertempat di PKG Banggol, berlangsungnya Taklimat Penarafan Pembestarian Menggunakan Smart School Qualification Standard SSQS Versi 3.0 Tahun 2015 kepada Guru Penyelaras ICT / Bestari. Taklimat bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 12 tengah hari yang disampaikan oleh saudara Abdullah Bin Bakar – Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Banggol. Melalui penggunaan SSQS versi 3.0 ini, ternyata memudahkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015

Makluman 9:42 PG
...

TAKLIMAT PENINGKATAN PENGGUNAAN VLE 1BESTARINET 2015

GPB 1:33 PTG
Pada 28 – 29 Jun 2015, bertempat di SMK Dato’Ahmad Maher telah berlangsungnya Taklimat Peningkatan Penggunaan VLE 1Bestarinet kepada Admin VLE sekolah kelompok PKG Daerah Kota Bharu. Taklimat ini diadakan untuk menerangkan dasar dan punca kuasa penggunaan VLE dalam PdP di sekolah. Tunjuk cara penggunaan aspek teknikal dan data penggunaan VLE kepada Admin VLE sekolahjuga diterangkan. Perbentangan tentang kaedah penggunaan pula adalah mengikut...

MESYUARAT JK PENGURUSAN AKTIVITI PKG DAERAH KOTA BHARU TAHUN 2015

GPB 10:19 PG
PKG Daerah Kota Bharu telah menganjurkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Daerah Kota Bharu pada 10 Mei 2015 bertempat di Dewan Seminar Amanah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Sasaran mesyuarat adalah kepada Pengetua dan Guru Besar seluruh daerah. Objektif mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan pelaporan aktiviti PSS dan program Pembestarian ICT bagi tahun 2014 serta program yang dirancang bagi tahun 2015. Perbincangan...

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN VLE PKG BANGGOL TAHUN 2015

Bengkel 2:38 PTG
Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Maya Frog VLE sekolah kelompok PKG Banggol telah diadakan pada 8 hingga 9 April 2015 bertempat di PKG Banggol. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Guru Sains Tingkatan 2 dari sekolah menengah dan Guru Matematik Tahun 5 dari sekolah rendah mengikuti bengkel tersebut. Penceramah yang dijemput adalah En. Zaki Yamani bin Muhamad – Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru...

PROGRAM LONJAKAN PROFESIONALISME GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH DAERAH KOTA BHARU 2015

GPM 6:42 PTG
PKG Daerah Kota Bharu telah menganjurkan Program Lonjakan Profesionalisme Guru Perpustakaan dan Media sekolah daerah Kota Bharu dari 5 hingga 7 April 2015 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Maran. Seramai 88 orang GPM dari PKG Banggol, Tapang, Kota dan Ketereh telah mengikuti program tersebut. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Guru Perpustakaan dan Media khususnya dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah....

BENGKEL PENYELARASAN KERJA AKTIVITI MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH KELOMPOK PKG BANGGOL 2015

Bengkel 1:02 PTG
Pada 12 Mac 2015 bertempat di PKG Banggol satu Bengkel Kerja Penyelarasan Aktiviti Makmal Komputer Sekolah telah diadakan yang telah dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol. Bengkel ini diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti Makmal Komputer Sekolah yang telah diadakan pada tahun lalu seperti Penyelenggaran Peralatan ICT serta HP Multiseat sekolah, pemantauan e-Tek, pengisian online SSQS, program...

BENGKEL PENYELARASAN KERJA AKTIVITI PSS SEKOLAH KELOMPOK PKG BANGGOL 2015

Bengkel 12:55 PTG
Pada 11 Mac 2015 bertempat di PKG Banggol satu Bengkel Kerja Penyelarasan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah telah diadakan yang telah dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Perpustakaan dan Media sekolah kelompok PKG Banggol. Bengkel ini diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti Pusat Sumber Sekolah yang telah diadakan pada tahun lalu seperti Pengisian data IQ-PSS, i-Nilam serta aktiviti yang dianjurkan oleh pkg seperti Program Khidmat Bantu...

IDOLA NILAM PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU 2015

GPM 12:44 PTG
PKG Daerah Kota Bharu yang terdiri dari PKG Banggol, PKG Ketereh, PKG Kota dan PKG Tapang telah mengadakan Program Idola Nilam Peringkat Daerah Kota Bharu Tahun 2015 bagi mencari wakil ke pertandingan Tokoh Nilam Peringkat Negeri yang akan diadakan 23 hingga 27 Mac 2015 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Seramai 80 orang pelajar yang terdiri dari 40 orang pelajar sekolah rendah...

BENGKEL MBMMBI - ZPD SEKOLAH KELOMPOK PKG BANGGOL

Bengkel 12:29 PTG
BENGKEL MBMMBI - ZPD SEKOLAH RENDAH Tarikh : 24 Februari 2015 Tempat : PKG Banggol Peserta : Panitia BM & BI Sekolah Rendah BENGKEL MBMMBI - ZPD SEKOLAH MENENGAH Tarikh : 17 Februari 2015 Tempat : PKG Banggol Peserta : Panitia BM & BI Sekolah Menengah PKG Banggol dengan kerjasama PPD Kota Bharu telah mengadakan Bengkel Penggunaan Bahan MBMMBI kepada Panitia Bahasa Melayu...

PROGRAM KHIDMAT BANTU PASCA BANJIR PSS SMK PUTERI

GPM 11:56 PTG
2 – 4 Februari 2015 yang lalu telah berlangsungnya Program Khidmat Bantu Pasca Banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri yang mana Pusat Sumber Sekolahnya telah ditenggelami banjir baru-baru ini. Banjir yang melanda telah mengakibatkan sejumlah bahan-bahan dan perabot di PSS telah rosak dan perlu dilupuskan. Pusat Kegiatan Guru Banggol telah mengambil langkah inisiatif untuk membantu sekolah dengan melaksanakan program khidmat bantu dengan melibatkan...

Banjir 2014

Makluman 9:13 PTG
2014 telah menyaksikan banjir  yang dahsyat telah melanda penduduk di negeri Kelantan terutama di kawasan pedalaman seperti Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah, Rantau Panjang serta di sepanjang sungai Kelantan. Banjir pada tahun ini telah meragut beberapa nyawa serta menyebabkan banyak kerosakan harta benda serta tempat kediaman. Pelbagai usaha telah digarap oleh badan kerajaan serta badan bukan kerajaan bersama sukarelawan membantu mereka yang...

Lagu Patriotik

PAUTAN LAIN



Popular Posts

Follow us