Pada 28 – 29 Jun 2015, bertempat di SMK Dato’Ahmad Maher telah berlangsungnya Taklimat Peningkatan Penggunaan VLE 1Bestarinet kepada Admin VLE sekolah kelompok PKG Daerah Kota Bharu. Taklimat ini diadakan untuk menerangkan dasar dan punca kuasa penggunaan VLE dalam PdP di sekolah. Tunjuk cara penggunaan aspek teknikal dan data penggunaan VLE kepada Admin VLE sekolahjuga diterangkan. Perbentangan tentang kaedah penggunaan pula adalah mengikut kehendak kurikulum di sekolah sebagai bahan bantu mengajar. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tapang iaitu En. Dazuki Bin Mat Daud dan En. Faizal bin Md Noor – Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kota. Selain itu, 2 orang wakil telah dijemput untuk memberikan ucapan mengenai Cara Meningkatkan Penggunaan VLE di Sekolah iaitu Pn Wan Azrina bt Wan Mohd Zulki dari SMK Kubang Kerian dan Pn Azahazreen Bt Abbas - SMK Kota. Taklimat ini telah dirasmikan oleh Hj Che Ab Aziz Bin Hj Daud - Ketua Pegawai PPD Kota Bharu bersama Cik Wan Noor Asyikin Bt Wan Abdullah - Penolong PPD B.Inggeris (Rendah). Melalui taklimat yang dijalankan ini diharapkan agar semua sekolah melalui pentadbir serta admin VLE sekolah dapat meningkatkan tahap penggunaan VLE agar mencapai KPI yang ditetapkan serta dapat menyebarluaskan penggunaan VLE kepada semua warga sekolah selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan penggunaan plantar pembelajaran maya VLE dalam PdP agar dapat direalisasikan.
PKG Daerah Kota Bharu telah menganjurkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Daerah Kota Bharu pada 10 Mei 2015 bertempat di Dewan Seminar Amanah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Sasaran mesyuarat adalah kepada Pengetua dan Guru Besar seluruh daerah. Objektif mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan pelaporan aktiviti PSS dan program Pembestarian ICT bagi tahun 2014 serta program yang dirancang bagi tahun 2015. Perbincangan juga meliputi pencapaian-pencapaian tahun 2014 seperti SPPICT, SSQS, penyelenggaraan ICT, Makmal Komputer sekolah, iQ-PSS, iNILAM, dan pertandingan Anugerah PSS Cemerlang yang disampaikan oleh En. Dazuki bin Mat Daud – Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tapang. Selain itu, sekolah juga diberi taklimat kepentingan meningkatkan tahap kesedaran tentang budaya membaca dikalangan warga sekolah selaras dengan pelaksanaan program NILAM. PSS pula perlu diurus dengan baik agar penggunaannya dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan murid sekolah. Justeru, sekolah diseru untuk meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT. YM Tuan Ismail bin Tuan Ibrahim – Pembantu Khas (Maklumat) ICT PPD Kota Bharu mengupas mengenai penggunaan VLE di sekolah dan menyeru agar sekolah dapat menyerahkan ID kepada semua pelajar, guru-guru dan ibu-bapa dan mengaktifkan akaun. Promosi kepada semua juga perlu dilakukan agar meningkatkan penggunaannya. Semasa majlis penutup, En. Nasir bin Mohd Noor selaku Ketua Penolong Pengarah BTPN Kelantan memberikan ucapan dan diikuti oleh perasmian penutup yang disempurnakan oleh wakil PPD Kota Bharu iaitu En. Nik Yusoff Nik Yaakob. Sebelum berakhir, penyampaian sijil anugerah kepada sekolah cemerlang di dalam aspek-aspek tertentu diberikan.
SEKOLAH-SEKOLAH YANG MENERIMA SIJIL ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Maya Frog VLE sekolah kelompok PKG Banggol telah diadakan pada 8 hingga 9 April 2015 bertempat di PKG Banggol. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Guru Sains Tingkatan 2 dari sekolah menengah dan Guru Matematik Tahun 5 dari sekolah rendah mengikuti bengkel tersebut. Penceramah yang dijemput adalah En. Zaki Yamani bin Muhamad – Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Gaal. En. Asri bin Zawawi - Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Kelantan telah dijemput untuk merasmikan bengkel tersebut.
Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi menghasilkan laman pembelajaran maya VLE bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 2 bagi sekolah menengah dan Matematik Tahun 5 bagi sekolah rendah sebagaimana yang diarahkan oleh KPM untuk menghasilkan 10,000 tajuk laman pembelajaran bagi tahun 2015. Sekolah perlu menggunakan laman Sekolah Maya KPM dengan login PKG Banggol untuk menghasilkan laman pembelajaran. Laman yang dihasilkan akan dimuatnaik ke Moe Repository untuk penilaian. Laman yang menarik akan dimasukkan ke dalam Frogstore sebagai bahan perkongsian. Melalui bengkel ini diharap guru-guru akan lebih mahir untuk membangunkan laman pembelajaran maya yang lebih interaktif dan lebih berkesan di kemudian hari di samping dapat meningkatkan penguasaan ICT guru-guru.
PROGRAM LONJAKAN PROFESIONALISME GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH DAERAH KOTA BHARU 2015
GPM 6:42 PTGPKG Daerah Kota Bharu telah menganjurkan Program Lonjakan Profesionalisme Guru Perpustakaan dan Media sekolah daerah Kota Bharu dari 5 hingga 7 April 2015 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Maran. Seramai 88 orang GPM dari PKG Banggol, Tapang, Kota dan Ketereh telah mengikuti program tersebut. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Guru Perpustakaan dan Media khususnya dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Program ini dirasmikan oleh Tn. Hj. Alias bin Taib – Ketua Penolong Pengarah, BTPN Terengganu pada Majlis Bersama KPP yang diadakan pada sebelah petang di hari pertama. Sebelah malam pula, ceramah mengenai iQ-PSS serta Nilam yang disampaikan oleh En. Zakaria bin Hassan – Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, BTPN Kelantan.
Pada hari kedua, diadakan program Lawatan Penanda Aras ke sekolah yang memenangi Anugerah PSS Cemerlang peringkat kebangsaan iaitu SK Felda Jerangau Barat dan SMA Mahmudiah; ketiga kebangsaan. Projek Inovasi TV Citra di PSS SK Jerangau Barat serta TV Al-Huda telah mengangkat kedua-dua sekolah ini bagi memenangi pertandingan PSS Cemerlang peringkat kebangsaan tahun 2014. GPM seterusnya mengadakan lawatan ke PSS sebagai lawatan penanda arasan serta diadakan sesi perkongsian ilmu tentang pengurusan pss yang disampaikan oleh GPM sekolah berkenaan.
Pada sebelah malam, diadakan bengkel VLE untuk PSS yang disampaikan oleh En. Kamal Azrul bin Muhammad – Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Tapang. GPM didedahkan tentang penggunaan VLE di sekolah yang perlu dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak terutama Guru ICT, Panitia kurikulum dan ko-kurikulum serta PIBG. GPM yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan telah berbengkel untuk menghasilkan laman Frog VLE berdasarkan tugasan yang diberikan semasa lawatan ke PSS SK Jerangau Barat dan SMA Mahmudiah.
Pada hari terakhir, diadakan sesi perbentangan oleh beberapa kumpulan yang dipilih oleh jawatankuasa penilai. Sebelum berakhir, majlis penutupan dirasmikan oleh En. Zulkifli bin Zakaria – Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan ICT BTPN Kelantan. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang mengikuti program ini dan menyeru agar semua GPM dapat meningkatkan komitmen masing-masing dalam pengurusan PSS sekolah supaya lebih berfungsi dan cemerlang di masa akan datang.








