2014 telah menyaksikan
banjir yang dahsyat telah melanda penduduk
di negeri Kelantan terutama di kawasan pedalaman seperti Kuala Krai, Gua
Musang, Tanah Merah, Rantau Panjang serta di sepanjang sungai Kelantan. Banjir
pada tahun ini telah meragut beberapa nyawa serta menyebabkan banyak kerosakan
harta benda serta tempat kediaman. Pelbagai usaha telah digarap oleh badan
kerajaan serta badan bukan kerajaan bersama sukarelawan membantu mereka yang
kehilangan tempat tinggal serta keperluan asas seperti makanan, pakaian serta
mendapatkan bekalan perubatan.
PKG Banggol juga telah
ditenggelami air. Walaupun tidak seberapa, namun keadaan air yang berselut
telah menyebabkan kekotoran serta kerosakan beberapa peralatan di pejabat seperti
komputer, perabut dan lain-lain lagi.
PKG
Banggol telah menerima rombongan khidmat bantu dari warga PKG Kelantan serta
BTPN Kelantan bersama-sama keluarga warga staf PKG yang sama-sama membersihkan
kawasan PKG seperti di pejabat, dewan mesyuarat, bilik-bilik pegawai serta
sekitar premis PKG. Khidmat bantu telah diadakan selama beberapa hari dan
berakhir pada 4 Januari 2015. PKG Banggol mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua yang terlibat menjayakan program khidmat bantu banjir di PKG-PKG
yang terjejas banjir terutama En. Lokman Bin Ishak dari Unit Pentadbiran
bersama-sama Pn. Rosnani Bt Hj Ali dan staf BTPN Kelantan serta staf beberapa
buah PKG Kelantan. Terima kasih sekali lagi diucapkan.