PKG Banggol telah mengadakan Kursus Asas Pembinaan Laman Blog pada 22 hingga 23 September 2014 bertempat di PKG Banggol. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Guru Perpustakaan dan Media sekolah kelompok telah menghadiri kursus ini. En. Mazeri Bin Othman dari SK Rantau Panjang telah dijemput sebagai penceramah kursus. Melalui kursus ini, GPM didedahkan dengan penggunaan blog sebagai wadah menyampaikan maklumat dan sebagai alat...
Satu Program Khidmat Bantu PSS telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Badang pada 19 – 21 Ogos 2014. Program yang diadakan selama 3 hari ini disertai oleh Guru Perpustakaan dan Media dari sekolah kelompok serta AJK PSS SMK Badang yang dibimbing oleh PKG Banggol. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi khidmat bantu mengenai pengurusan dan pentadbiran PSS yang perlu ditingkatkan terutama dalam aspek...