Satu Program Khidmat Bantu PSS telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2 pada 12 – 14 Ogos 2014. Program yang diadakan selama 3 hari ini disertai oleh Guru Perpustakaan dan Media dari sekolah kelompok serta AJK PSS SK Padang Garong 2 yang dibimbing oleh PKG Banggol. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi khidmat bantu mengenai pengurusan dan pentadbiran PSS yang perlu ditingkatkan...