MESYUARAT JK PENGURUSAN AKTIVITI PKG DAERAH KOTA BHARU TAHUN 2015

10:19 PG



PKG Daerah Kota Bharu telah menganjurkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Daerah Kota Bharu pada 10 Mei 2015 bertempat di Dewan Seminar Amanah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Sasaran mesyuarat adalah kepada Pengetua dan Guru Besar seluruh daerah. Objektif mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan pelaporan aktiviti PSS dan program Pembestarian ICT bagi tahun 2014 serta program yang dirancang bagi tahun 2015. Perbincangan juga meliputi pencapaian-pencapaian tahun 2014 seperti SPPICT, SSQS, penyelenggaraan ICT, Makmal Komputer sekolah, iQ-PSS, iNILAM, dan pertandingan Anugerah PSS Cemerlang yang disampaikan oleh En. Dazuki bin Mat Daud – Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tapang. Selain itu, sekolah juga diberi taklimat kepentingan meningkatkan tahap kesedaran tentang budaya membaca dikalangan warga sekolah selaras dengan pelaksanaan program NILAM. PSS pula perlu diurus dengan baik agar penggunaannya dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan murid sekolah. Justeru, sekolah diseru untuk meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT. YM Tuan Ismail bin Tuan Ibrahim – Pembantu Khas (Maklumat) ICT PPD Kota Bharu mengupas mengenai penggunaan VLE di sekolah dan menyeru agar sekolah dapat menyerahkan ID kepada semua pelajar, guru-guru dan ibu-bapa dan mengaktifkan akaun. Promosi kepada semua juga perlu dilakukan agar meningkatkan penggunaannya. Semasa majlis penutup, En. Nasir bin Mohd Noor selaku Ketua Penolong Pengarah BTPN Kelantan memberikan ucapan dan diikuti oleh perasmian penutup yang disempurnakan oleh wakil PPD Kota Bharu iaitu En. Nik Yusoff Nik Yaakob. Sebelum berakhir, penyampaian sijil anugerah kepada sekolah cemerlang di dalam aspek-aspek tertentu diberikan.

SEKOLAH-SEKOLAH YANG MENERIMA SIJIL ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us