PROGRAM KHIDMAT BANTU PASCA BANJIR PSS SMK PUTERI

7:56 AM



2 – 4 Februari 2015 yang lalu telah berlangsungnya Program Khidmat Bantu Pasca Banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri yang mana Pusat Sumber Sekolahnya telah ditenggelami banjir baru-baru ini. Banjir yang melanda telah mengakibatkan sejumlah bahan-bahan dan perabot di PSS telah rosak dan perlu dilupuskan. Pusat Kegiatan Guru Banggol telah mengambil langkah inisiatif untuk membantu sekolah dengan melaksanakan program khidmat bantu dengan melibatkan sebahagian Guru Perpustakaan Media sekolah kelompok, AJK PSS SMK Puteri serta pentadbiran sekolah untuk membaik-pulih serta menyusun kembali bahan-bahan PSS di mana lokasi PSS telah dipindahkan ke tingkat atas bagi mengelakkan masalah banjir di masa hadapan. PSS SMK Puteri walaubagaimanapun telah disenarai untuk menerima peruntukan penggantian peralatan dan perabot serta penyelenggaraan fizikal dari KPM. Ketua Penolong Pengarah diiringi Penolong Pengarah Unit Pengurusan Litrasi Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan telah menghadiri ke perasmian penutup Program Khidmat Bantu dan telah mengumumkan bantuan perolehan bahan buku PSS yang diberikan untuk sekolah yang terlibat dengan banjir.

You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts

Follow us