PROGRAM KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK BADANG 2014

10:16 PG



Satu Program Khidmat Bantu PSS telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Badang pada 19 – 21 Ogos 2014. Program yang diadakan selama 3 hari ini disertai oleh Guru Perpustakaan dan Media dari sekolah kelompok serta AJK PSS SMK Badang yang dibimbing oleh PKG Banggol. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi khidmat bantu mengenai pengurusan dan pentadbiran PSS yang perlu ditingkatkan terutama dalam aspek pengurusan Fail dan Rekod serta Keceriaan dan Susun Atur Perabot di bilik PSS. Satu sudut ‘Warisan’ diwujudkan untuk mempamerkan peralatan tradisional. Manakala ‘Sudut Batik’ di bina untuk mempamerkan koleksi batik Kelantan beserta peralatan membuat batik. ‘Sudut Penglipur Lara’ pula diwujudkan untuk aktiviti bercerita oleh pelajar. Selain itu, peserta bekerjasama untuk mengemaskini dan menyusun atur bahan buku dan bukan buku PSS yang sebahagian dari koleksi PSS. Diharapkan agar melalui program yang diadakan ini dapat menaikkan lagi tahap kecekapan PSS beroperasi serta dapat menarik lebih ramai murid untuk mengunjungi PSS.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us