KURSUS ASAS BLOG UNTUK GPM TAHUN 2014

9:01 PG



PKG Banggol telah mengadakan Kursus Asas Pembinaan Laman Blog pada 22 hingga 23 September 2014 bertempat di PKG Banggol. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Guru Perpustakaan dan Media sekolah kelompok telah menghadiri kursus ini. En. Mazeri Bin Othman dari SK Rantau Panjang telah dijemput sebagai penceramah kursus. Melalui kursus ini, GPM didedahkan dengan penggunaan blog sebagai wadah menyampaikan maklumat dan sebagai alat komunikasi digital. GPM diberi tunjuk ajar untuk menghasilkan sebuah blog dengan teknik yang mudah serta cara-cara penggunaan gajet bagi menghasilkan sebuah blog yang menarik dan bermaklumat. GPM disaran untuk menghasilkan sebuah blog untuk perpustakaan di sekolah sekiranya belum mempunyai blog PSS. GPM diseru untuk terus meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan blog melalui bahan sedia ada di internet atau meneroka blog-blog di internet yang menarik dan bermaklumat terutama blog PSS dari sekolah – sekolah yang lain.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us