TAKLIMAT PENARAFAN PEMBESTARIAN SSQS VERSI 3.0 TAHUN 2014

1:59 AM



Pada hari ini 16 Julai 2014 bertempat di PKG Banggol, berlangsungnya Taklimat Penarafan Pembestarian Menggunakan Smart School Qualification Standard SSQS Versi 3.0 Tahun 2014 kepada Guru Penyelaras ICT / Bestari. Taklimat bermula pada jam 2.00 petang yang disampaikan oleh saudara Abdullah Bin Bakar – Pegawai Teknologi Pendidikan 2 yang mula berkhidmat di PKG Banggol bermula 1 Julai 2014. Melalui penggunaan SSQS versi 3.0 ini, ternyata memudahkan pihak sekolah di mana pengisian dilakukan oleh responden melalui penggunaan “token” yang diberikan oleh admin. Responden yang terlibat juga tidak tertakluk kepada matapelajaran berbanding pengisian tahun lalu yang mana 5 orang responden bagi setiap matapelajaran teras. Peserta juga ditayangkan dengan Keputusan SSQS 2013 di mana 2 sekolah mencapai 5 bintang iaitu SK Islah dan SK Langgar. Sebelum berakhir, sekolah diingatkan supaya meningkatkan peratus penggunaan Frog VLE yang mana ianya dipantau oleh KPM secara online.

You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts

Follow us