MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH......

9:21 PG


Khamis, 05 Jun 2014 bertempat di PKG Banggol telah berlansungnya Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih bagi meraikan persaraan En. Mohd Nasir Bin Said – Pembantu Rendah Awam PKG Banggol yang telah bersara wajib 60 tahun. Memulakan perkhidmatan di Pusat Kegiatan Guru Banggol dalam bulan April 2007, beliau dipinjamkan ke PKG Banggol dari SK Abdul Hadi secara pentadbiran. Selama berkhidmat di PKG Banggol, banyak jasa dan sumbangan telah beliau curahkan terutama memastikan suasana di premis agar sentiasa ceria dan bersih. Warga PKG merasakan kehilangan beliau kerana beliau merupakan seorang yang berdisiplin, mesra dan mudah didampingi terutama warga sekolah serta pelanggan PKG.

Majlis persaraan beliau diadakan bagi menghargai segala jasa dan sumbangan beliau kepada kecemerlangan dan kejayaan PKG Banggol. Antara jemputan yang menghadiri majlis ini adalah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan bersama beberapa orang Penolong Pengarah serta warga sekolah SK Abdul Hadi. Majis bermula jam 11.30 pagi dengan ucapan aluan dari Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Banggol; En. Ramli Bin Abd Ghani diikuti dengan ucapan khas dari KPP BTPN Kelantan. Setelah itu, majlis menjemput En. Nasir untuk memberikan ucapan terakhir beliau. Sungguhpun beliau sedih dan terharu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada semua warga PKG yang banyak membantu beliau selama bertugas di PKG. Sebelum majlis berakhir, majis mengaminkan bacaan ‘doa persaraan’ khas untuk beliau yang dipimpin oleh En. Abdullah bin Bakar yang baru memulakan tugas di PKG Banggol sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 2. Sedikit jamuan ringkas diadakan dan selepas itu, semua hadirin mengiringi kepulangan ke rumah beliau.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us