Profil PKG

Pusat Kegiatan Guru

Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P). PKG berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat sokongan kepada guru-guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan. Oleh itu, kebiasaannya terdapat lebih daripada sebuah PKG dalam satu-satu Daerah Pendidikan. Dari Segi sejarahnya, gerakan kearah penubuhan Pusat Kegiatan Guru berlaku secara beransur-ansur, bermula dengan penubuhan : Pusat Sumber Tempatan (1978) Pusat Media Daerah (1981) Pusat Sumber Pendidikan Daerah (1986) Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara Bandar dengan luar Bandar.Tujuannya pada masa itu hanya untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru dengan singkatannya PKG pada 14 April 1990 dan diberikan peranan yang lebih luas. Pusat Kegiatan Guru merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan dan pemangkin untuk merangsang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falasafah Pendidikan Kebangsaan.

Lagu Patriotik

Follow us