Khidmat Bantu Makmal Komputer SK Padang Garong 1

8:41 PM

PKG Banggol dan Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit Pembestarian Sekolah BTPN Kelantan iaitu En. Mohd Kamal Azrul Bin Muhammad telah bersama-sama ke SK Padang Garong 1 untuk melaksanakan program khidmat bantu makmal komputer setelah menerima aduan dari pihak sekolah.  Turut serta En. Wan Ariff Bin Wan Zakaria selaku guru penyelaras ICT sekolah tersebut. Pihak sekolah baru sahaja mendapat meja gantian yang baru disebabkan makmal komputer 2 dilanda banjir tahun 2014. Permasalahan yang diambil tindakan adalah berkaitan PC yang tidak dapat dihidupkan, masalah window dan PC yang tidak dapat menyambung capaian internet. PC telah disusun semula manakala kabel-kabel telah dicabut dan dipasang semula agar kelihatan lebih kemas dan selesa untuk digunakan.Pihak PKG Banggol akan membuat tindakan susulan ke makmal komputer ini untuk memperkemaskan aplikasi dan window pada komputer tersebut. Hasil daripada khidmat bantu ini sebanyak 11 buah PC sudah dapat digunakan sepenuhnya.





You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts

Follow us