MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG DAERAH KOTA BHARU BIL 2 TAHUN 2016

12:15 PTG



PKG Daerah Kota Bharu telah menganjurkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Daerah Kota Bharu Bil 2 tahun 2016 pada 27 November 2016 bertempat di bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Sasaran mesyuarat adalah kepada Pengetua dan Guru Besar seluruh daerah. Objektif mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan pelaporan aktiviti PSS dan program Pembestarian ICT bagi tahun 2016 serta program yang dirancang bagi tahun 2017. Perbincangan juga meliputi pencapaian-pencapaian tahun 2016 seperti SSQS, penyelenggaraan ICT, Makmal Komputer sekolah, iNILAM, pertandingan Tokoh Nilam dan pertandingan Anugerah PSS Cemerlang yang disampaikan oleh En. Muhd Ismahawaii bin Ismail – Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kota. Selain itu, sekolah juga diberi taklimat kepentingan meningkatkan tahap kesedaran tentang budaya membaca dikalangan warga sekolah selaras dengan pelaksanaan program NILAM. PSS pula perlu diurus dengan baik agar penggunaannya dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan murid sekolah. Justeru, sekolah diseru untuk meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT. Hj. Mohd Ezani binn Awang – Pegawai PPD Kota Bharu telah dijemput khas untuk memberikan ucapan yang mengupas mengenai penggunaan VLE di sekolah dan menyeru agar sekolah dapat meningkatkan penggunaan VLE selaras dengan hasrat KPM untuk membudayakan penggunaan teknologi pendidikan dalam PdP di sekolah. En Nasir bin Mohd Noor - Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan telah membentangkan program dan aktiviti Pembestarian Sekolah. Sebelum berakhir program, majlis penyampaian sijil anugerah kepada sekolah yang cemerlang di dalam aspek Pembestarian Sekolah.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us