TAKLIMAT PENARAFAN PEMBESTARIAN MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) TAHUN 2016

4:11 PTG



Pada hari ini 01 Ogos 2016 bertempat di Dewan Seminar Amanah, BTPN Kelantan, berlangsungnya Taklimat Penarafan Pembestarian Menggunakan Smart School Qualification Standard SSQS Tahun 2016 kepada Guru Penyelaras ICT / Bestari. Taklimat bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 1 tengah hari yang disampaikan oleh saudara Kamal Azrul bin Muhammad – Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Kelantan yang dibantu oleh Zaki Yamani – Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Ketereh. Melalui penggunaan SSQS versi terkini, ternyata memudahkan pihak sekolah di mana pengisian dilakukan oleh responden melalui penggunaan “token” yang diberikan oleh admin kepada setiap Responden. Responden yang terlibat juga tidak tertakluk kepada matapelajaran tertentu. Pengisian SSQS bermula bulan Ogos yang berakhir pada 31 Ogos 2016.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us