MESYUARAT PENYELARASAN GPM & GPB SEKOLAH KELOMPOK PKG BANGGOL Bil 2 TAHUN 2016 & MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI 2016

4:17 PTG



Pada 02 Ogos 2016 bertempat di PKG Banggol Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dan Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol Tahun 2016 telah diadakan yang dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Perpustakaan dan Media dan 35 orang Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol. Mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer yang telah diadakan seperti Pengisian data i-Nilam, SSQS, MBMMBI serta aktiviti yang dianjurkan oleh pkg seperti Program Khidmat Bantu Pembestarian Sekolah, Khidmat Bantu VLE dan Pertandingan Idola Nilam PPD Kota Bharu 2017. Aktiviti pemantauan PSS / Makmal Komputer berpandukan Instrumen Pembestarian Sekolah juga diterangkan secara ringkas. Program Kampus Astro pula akan kembali ke sekolah pada tahun ini di mana GPM bertindak selaku guru penyelaras. Penyelenggaraan ICT sekolah secara penggantian peralatan pula melibatkan 4 buah sekolah iaitu SK Che Latiff, SK Pulau Kundor, SK Semut Api dan SMK Penambang. Satu majlis Ramah Mesra Aidilfitri telah diadakan bersekali dengan mesyuarat. Kehadiran GPM, GPB/ICT, guru-guru SK Abdul Hadi serta jemputan khas dari BTPN Kelanan dan staf dan pegawai PKG Negeri Kelantan telah menyerikan suasana majlis. Pelbagai juadah hari raya disediakan di samping dendangan suara oleh pegawai PKG serta guru-guru GPM dan GPB yang menyanyikan lagu hari raya. Program sebegini diharap dapat menguatkan lagi silaturrahim dan pemuafakatan antara GPM/GPB dengan PKG Banggol.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us