PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS PKG BANGGOL 2015 – SK TENGKU INDERA PETRA

10:18 PG



Satu Program Khidmat Bantu PSS telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra pada 10 – 12 Ogos 2015. Program yang diadakan selama 3 hari ini disertai oleh Guru Perpustakaan dan Media dari sekolah kelompok serta AJK PSS SK Tengku Indera Petra yang dibimbing oleh pegawai dari PKG Banggol. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi khidmat bantu mengenai pengurusan dan pentadbiran PSS yang perlu ditingkatkan terutama dalam aspek pengurusan Fail dan Rekod serta Keceriaan dan Susun Atur Perabot di bilik PSS. Selain itu, peserta juga bekerjasama untuk mengemaskini dan menyusun atur bahan buku dan bukan buku PSS yang sebahagian dari koleksi PSS. En. Zakaria bin Hassan - Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPN Kelantan telah dijemput bagi merasmikan program berkenaan. Diharapkan agar melalui program yang diadakan ini dapat menaikkan lagi tahap kecekapan PSS beroperasi serta dapat menarik lebih ramai murid untuk mengunjungi PSS.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us