BENGKEL PENGINTEGRASIAN VLE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) UNTUK GM1M DAERAH KOTA BHARU

7:13 PM



PKG Daerah Kota Bharu telah menganjurkan Bengkel Pengintegrasian VLE Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Untuk Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) Daerah Kota Bharu yang bertempat di Makmal Komputer, SK Kota, Kota Bharu. Seramai 65 orang GM1M Daerah Kota Bharu telah berbengkel untuk memantapkan lagi penggunaan VLE terutama dalam penghasilan dashboard sekolah. GM1M berperanan untuk menggerakkan VLE di sekolah masing-masing dengan melatih Guru Muda di sekolah masing-masing yang seterusnya membimbing guru-guru serta pelajar mengaplikasikan VLE dalam PdP di sekolah. Beberapa strategi dirancang untuk dilaksanakan di peringkat sekolah bagi menggerakkan penggunaan VLE, antaranya:-

a) Menubuhkan Jawatankuasa (Task Force) Program Pemantapan GM1M dalam VLE Frog b) Merancang Pelan Tindakan Program Pemantapan GM1M dalam VLE Frog. c) Memberi latihan pengenalan kepada kumpulan sasar membina dashboard VLE. d) Sekolah menguatkuasakan di mana GM1M ini akan memaklumkan Penggunaan VLE dalam PdP kepada kumpulan ( guru muda). e) Membuat pelaporan dan dokumentasi penggunaan VLE dalam PdP diperingkat sekolah. f) Menghantar pelaporan dan dokumentasi ke PKG masing - masing. g) JPN melaporkan kepda KPM.

You Might Also Like

0 ulasan

Popular Posts

Follow us