BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA FROG VLE SIRI 2 SEKOLAH KELOMPOK PKG BANGGOL TAHUN 2015 & TAKLIMAT PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD (SSQS) 2015

10:09 PG



Pada hari ini 28 Julai 2015 bertempat di PKG Banggol, berlangsungnya Taklimat Penarafan Pembestarian Menggunakan Smart School Qualification Standard SSQS Versi 3.0 Tahun 2015 kepada Guru Penyelaras ICT / Bestari. Taklimat bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 12 tengah hari yang disampaikan oleh saudara Abdullah Bin Bakar – Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Banggol. Melalui penggunaan SSQS versi 3.0 ini, ternyata memudahkan pihak sekolah di mana pengisian dilakukan oleh responden melalui penggunaan “token” yang diberikan oleh admin kepada setiap Responden. Responden yang terlibat juga tidak tertakluk kepada matapelajarantertentu. Peserta juga ditayangkan dengan Keputusan SSQS 2014 di mana 3 sekolah mencapai 5 bintang iaitu SMK Kedai Buloh, SJK (C) Chung Hwa dan SK Padang Garong 1. Sebelum berakhir, sekolah diingatkan supaya melaksanakan pengisian SSQS sebelum atau 30 Ogos 2015.

Serentak dengannya PKG Banggol juga telah melaksanakan Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Maya Frog VLE Siri 2 sekolah kelompok PKG Banggol yang diadakan selama 2 hari iaitu dari 28 hingga 29 Julai 2015 bertempat di PKG Banggol. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Guru Sains Tingkatan 2 dari sekolah menengah dan Guru Matematik Tahun 5 dari sekolah rendah mengikuti bengkel tersebut. Penceramah yang dijemput adalah En. Muhd Ismahawaii Bin Ismail – Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Pasir Pekan. En. Mohd Kamal Azrul Bin Mohamad – Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Kelantgan telah dijemput untuk merasmikan bengkel tersebut. Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi menghasilkan laman pembelajaran maya VLE bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 2 bagi sekolah menengah dan Matematik Tahun 5 bagi sekolah rendah sebagaimana yang diarahkan oleh KPM untuk menghasilkan 10,000 tajuk laman pembelajaran bagi tahun 2015. Lebih istimewa, bengkel kali ini turut dihadiri oleh peserta dari sekolah Pendidikan Khas iaitu SMK Ismail Petra, SMK Kedai Buloh, SK Che Latiff, SK KG Sireh, SK Kedai Buloh 2, SK Padang Garong 2 dan SK Tengku Indera Petra. Laman pembelajaran yang telah siap dan sempurna dimuatnaik ke Moe Repository untuk penilaian. Laman yang menarik akan dimasukkan ke dalam Frogstore sebagai bahan perkongsian. Melalui bengkel ini diharap guru-guru akan lebih mahir untuk membangunkan laman pembelajaran maya yang lebih interaktif dan lebih berkesan di kemudian hari di samping dapat meningkatkan penguasaan ICT guru-guru.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us