BENGKEL PEMBINAAN LAMAN VLE PKG BANGGOL TAHUN 2015

2:38 PTG



Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran Maya Frog VLE sekolah kelompok PKG Banggol telah diadakan pada 8 hingga 9 April 2015 bertempat di PKG Banggol. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Guru Sains Tingkatan 2 dari sekolah menengah dan Guru Matematik Tahun 5 dari sekolah rendah mengikuti bengkel tersebut. Penceramah yang dijemput adalah En. Zaki Yamani bin Muhamad – Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Gaal. En. Asri bin Zawawi - Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Kelantan telah dijemput untuk merasmikan bengkel tersebut.

Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi menghasilkan laman pembelajaran maya VLE bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 2 bagi sekolah menengah dan Matematik Tahun 5 bagi sekolah rendah sebagaimana yang diarahkan oleh KPM untuk menghasilkan 10,000 tajuk laman pembelajaran bagi tahun 2015. Sekolah perlu menggunakan laman Sekolah Maya KPM dengan login PKG Banggol untuk menghasilkan laman pembelajaran. Laman yang dihasilkan akan dimuatnaik ke Moe Repository untuk penilaian. Laman yang menarik akan dimasukkan ke dalam Frogstore sebagai bahan perkongsian. Melalui bengkel ini diharap guru-guru akan lebih mahir untuk membangunkan laman pembelajaran maya yang lebih interaktif dan lebih berkesan di kemudian hari di samping dapat meningkatkan penguasaan ICT guru-guru.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us