IDOLA NILAM PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU 2015

12:44 PTG



PKG Daerah Kota Bharu yang terdiri dari PKG Banggol, PKG Ketereh, PKG Kota dan PKG Tapang telah mengadakan Program Idola Nilam Peringkat Daerah Kota Bharu Tahun 2015 bagi mencari wakil ke pertandingan Tokoh Nilam Peringkat Negeri yang akan diadakan 23 hingga 27 Mac 2015 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Seramai 80 orang pelajar yang terdiri dari 40 orang pelajar sekolah rendah dan 40 orang pelajar sekolah menengah telah menyertai program ini dalam 4 kategori iaitu Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Bahasa Inggeris Sekolah Rendah, Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah. 10 orang guru-guru sekolah kelompok telah dilantik sebagai hakim pertandingan. Akitiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti Ujian Penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Ujian Individu – Kemahiran Membaca, Ujian Individu – Pengesanan Pengetahuan, Ujian Individu – Penghayatan & Aspirasi Pembacaan dan Ujian Berkumpulan. Senarai pemenang adalah seperti berikut:-

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us