BENGKEL PENYELARASAN KERJA AKTIVITI MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH KELOMPOK PKG BANGGOL 2015

1:02 PTG



Pada 12 Mac 2015 bertempat di PKG Banggol satu Bengkel Kerja Penyelarasan Aktiviti Makmal Komputer Sekolah telah diadakan yang telah dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol. Bengkel ini diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti Makmal Komputer Sekolah yang telah diadakan pada tahun lalu seperti Penyelenggaran Peralatan ICT serta HP Multiseat sekolah, pemantauan e-Tek, pengisian online SSQS, program khidmat bantu VLE, talian 1Bestarinet dan Chromebook, laporan penggunaan VLE sekolah serta kursus-kursus dan mesyuarat- mesyuarat yang dihadiri oleh GPB/GPICT sepanjang tahun lalu. Juga diadakan perbentangan laporan aktiviti makmal komputer oleh GPICT SMK Zainab 2 dan SK Che Latiff. Perancangan aktiviti tahun 2015 telah dibentangkan seperti Pemantauan eTek ke sekolah, Penyelenggaraan ICT 2015 dan HP-Multiseat, Frog VLE, MBMMBI serta pengagihan Netbook 1 Malaysia.





You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us