BENGKEL PENYELARASAN KERJA AKTIVITI PSS SEKOLAH KELOMPOK PKG BANGGOL 2015

12:55 PTG



Pada 11 Mac 2015 bertempat di PKG Banggol satu Bengkel Kerja Penyelarasan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah telah diadakan yang telah dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Perpustakaan dan Media sekolah kelompok PKG Banggol. Bengkel ini diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti Pusat Sumber Sekolah yang telah diadakan pada tahun lalu seperti Pengisian data IQ-PSS, i-Nilam serta aktiviti yang dianjurkan oleh pkg seperti Program Khidmat Bantu PSS, Khidmat Bantu VLE serta kursus-kursus dan mesyuarat- mesyuarat yang dihadiri oleh GPM sepanjang tahun lalu. Aktiviti pemantauan PSS juga diterangkan dengan jelas. Juga diadakan perbentangan laporan aktiviti pusat sumber sekolah oleh GPM SMK Kedai Buloh dan SK Che Deris. Perancangan aktiviti tahun 2015 telah dibentangkan seperti Idola Nilam, Anugerah PSS Cemerlang, Pengisian Online iQ-PSS serta i-Nilam 2015, Frog VLE serta MBMMBI. Satu program khas untuk GPM juga dirancang untuk diadakan iaitu Program Lonjakan Profesionalisme Guru Perpustakaan dan Media bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.
,




You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us