BENGKEL MBMMBI - ZPD SEKOLAH KELOMPOK PKG BANGGOL

12:29 PTG

BENGKEL MBMMBI - ZPD SEKOLAH RENDAH
Tarikh : 24 Februari 2015
Tempat : PKG Banggol
Peserta : Panitia BM & BI Sekolah Rendah



BENGKEL MBMMBI - ZPD SEKOLAH MENENGAH
Tarikh : 17 Februari 2015
Tempat : PKG Banggol
Peserta : Panitia BM & BI Sekolah Menengah



PKG Banggol dengan kerjasama PPD Kota Bharu telah mengadakan Bengkel Penggunaan Bahan MBMMBI kepada Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekolah menengah dan rendah yang dilaksanakan mengikut kelompok PKG. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memberi tunjuk cara bagaimana bahan digital MBMMBI yang dibekalkan oleh KPM dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas atau sebagai bahan sokongan pembelajaran. Bengkel ini dilaksanakan melalui pendekatan Zon Proximal Development ZPD iaitu melalui kaedah perbincangan dan soal jawab supaya peserta yang terdiri dari Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dapat kefahaman yang jelas melalui tunjuk cara yang diberikan oleh fasilitator yang dipilih dari kalangan Guru Cemerlang sekitar daerah Kota Bharu. Peserta diberi penerangan tentang kaedah terbaik yang dapat guru-guru gunakan untuk memanfaatkan bahan digital MBMMBI di bilik darjah. Panitia seterusnya diberi tanggungjawab untuk mengadakan latihan dalaman kepada guru-guru di sekolah agar semua guru-guru dapat menggunakan bahan tersebut seterusnya dapat meningkatkan pembudayaan ICT di kalangan warga sekolah.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us