Banjir 2014

9:13 PTG


2014 telah menyaksikan banjir  yang dahsyat telah melanda penduduk di negeri Kelantan terutama di kawasan pedalaman seperti Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah, Rantau Panjang serta di sepanjang sungai Kelantan. Banjir pada tahun ini telah meragut beberapa nyawa serta menyebabkan banyak kerosakan harta benda serta tempat kediaman. Pelbagai usaha telah digarap oleh badan kerajaan serta badan bukan kerajaan bersama sukarelawan membantu mereka yang kehilangan tempat tinggal serta keperluan asas seperti makanan, pakaian serta mendapatkan bekalan perubatan.

PKG Banggol juga telah ditenggelami air. Walaupun tidak seberapa, namun keadaan air yang berselut telah menyebabkan kekotoran serta kerosakan beberapa peralatan di pejabat seperti komputer, perabut dan lain-lain lagi.


PKG Banggol telah menerima rombongan khidmat bantu dari warga PKG Kelantan serta BTPN Kelantan bersama-sama keluarga warga staf PKG yang sama-sama membersihkan kawasan PKG seperti di pejabat, dewan mesyuarat, bilik-bilik pegawai serta sekitar premis PKG. Khidmat bantu telah diadakan selama beberapa hari dan berakhir pada 4 Januari 2015. PKG Banggol mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program khidmat bantu banjir di PKG-PKG yang terjejas banjir terutama En. Lokman Bin Ishak dari Unit Pentadbiran bersama-sama Pn. Rosnani Bt Hj Ali dan staf BTPN Kelantan serta staf beberapa buah PKG Kelantan. Terima kasih sekali lagi diucapkan.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us