TAKLIMAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG-PKG DAERAH KOTA BHARU TAHUN 2014

4:32 PTG

PKG Banggol bersama – sama PKG Kota dan PKG Tapang telah mengadakan satu Taklimat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti PKG Daerah Kota Bharu Tahun 2014 yang diadakan pada 26 Mei 2014 bertempat di Bilik Bestari 2, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Seramai 112 orang peserta terdiri dari Pengetua dan Guru Besar telah menghadiri ke taklimat tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu. Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk membentangkan laporan mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PKG yang merangkumi aspek-aspek ICT dan Pusat Sumber sekolah serta perancangan aktiviti bagi tahun 2014. Sekolah juga diberi penerangan tentang fungsi dan tugas PKG yang menjadi penyokong Pembudayaan Teknologi ICT dalam Pendidikan di sekolah. Pembentangan Aktiviti ICT disampaikan oleh En. Dazuki Bin Mat Daud dari PKG Tapang yang membincangkan topik-topik seperti Pengisian SPS, SSQS, Penyelenggaraan ICT, Pemantauan ICT Sekolah, Frog VLE, Takwim Aktiviti PKG serta Projek Inisiatif ICT seperti Penggantian dan Perolehan Baru, HP Multiseat, Makmal Bahasa MBMMBI, Chromebook dan Pemasangan 1Bestarinet. Juga dibentangkan laporan aktiviti yang dijalankan oleh pkg tahun 2013.



Pembentangan Aktiviti PSS pula disampaikan oleh En. Faizal Bin Md Noor dari PKG Kota. Beliau membentangkan aktiviti Pemantauan PSS sepanjang tahun 2013, pengisian online iQ-PSS dan i-Nilam, Program Khidmat Bantu PSS, Pertandingan Tokoh Nilam, Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang, Bahan Digital MBMMBI serta Program Kem Membaca 1 Malaysia bersama Scholastic. Laporan aktiviti pkg tahun 2013 juga dibentangkan secara tayangan. Majlis perasmian penutup dimulai dengan ucapan aluan oleh En. Nasir Bin Mohd Noor - Ketua Penolong Pengarah, BTPN Kelantan. Beliau menggesa sekolah untuk menekankan pengisian SPS sekolah masing-masing supaya selesai sebelum Julai. Sekolah perlu memperkasakan penggunaan Frog VLE di kalangan warga sekolah terutama pelajar dan ibu-bapa. Bahan PSS pula perlu disemak agar bahan yang terkini di simpan di PSS. Manakala ucapan perasmian penutup pula disempurnakan oleh Tn. Hj. Che Ab. Aziz Bin Hj. Daud – Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu. Beliau menyeru kepada semua sekolah agar mengoptimumkan penggunaan PSS supaya dapat melonjakkan kecemerlangan pendidikan kepada para pelajar. Penglibatan semua warga sekolah pula dilihat perlu di dalam semua aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Sebelum bersurai, majlis penyampaian sijil diadakan kepada sekolah-sekolah yang cemerlang dalam beberapa kategori seperti Anugerah PSS Cemerlang PPD Kota Bharu, Tokoh Nilam Kebangsaan – wakil negeri Kelantan serta Anugerah 5 bintang SSQS 2013. Tahniah diucapakan kepada semua yang berjaya.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us