Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah Kelompok PKG Banggol Bil 1 Tahun 2014

11:05 PG



Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti PSS PKG Banggol Bil 1 Tahun 2014 telah diadakan di PKG Banggol pada 10 Mac 2014. 35 orang guru perpustakaan dan media sekolah telah menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan aktiviti-aktiviti PSS yang dijalankan pada tahun 2013 serta perancangan aktiviti bagi tahun 2014. Penceramah bagi mesyuarat ini ialah En. Mohd Faizal Bin Md Noor dari PKG Kota dan En. Dazuki Bin Mat Daud dari PKG Tapang.
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah pengisian data online i-Nilam dan iQ-PSS, Anugerah Tokoh Nilam, Anugerah PSS Cemerlang dan Program Khidmat Bantu PSS. Bahan digital MBMMBI pula telah diedarkan sebanyak 2 kali bagi tahun 2103. Laporan mesyuarat / bengkel dan kursus yang dihadiri oleh GPM juga diterangkan.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us