BENGKEL PEMBINAAN BAHAN MEDIA BAGI MENDOKONG PENGGUNAAN VLE DAN PENGINTEGRASIAN VLE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2014

11:15 PG

Bengkel Pembinaan Bahan Media Bagi Mendokong Penggunaan VLE Dan Pengintegrasian VLE Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014 telah diadakan pada 19 – 20 Mac 2014 bertempat di PKG Banggol. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Guru Pendidikan Agama Islam Tingkatan 3 dari sekolah menengah dan Admin VLE dari sekolah rendah mengikuti bengkel tersebut. Penceramah yang dijemput adalah En. Wan Mohd Mahdi Bin Wan Khaldin – Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Kelantan.



Objektif bengkel ini diadakan adalah bagi menghasilkan laman pembelajaran maya VLE bagi mata pelajaran agama islam tingkatan 3 sebagaimana yang diarahkan oleh KPM untuk menghasilkan 10,000 tajuk laman pembelajaran bagi tahun 2014. Sekolah perlu menggunakan laman Sekolah Maya KPM dengan login PKG Banggol untuk menghasilkan laman pembelajaran. Laman yang dihasilkan akan dimuatnaik ke Moe Repository untuk penilaian. Laman yang menarik akan dimasukkan ke dalam Frogstore sebagai bahan perkongsian. Sekolah menengah ditugaskan untuk menghasilkan laman pembelajaran bagi matapelajaran agama islam tingkatan 3 manakala bagi sekolah rendah laman pembelajaran yang dihasilkan adalah berdasarkan matapelajaran yang diajar oleh admin VLE tersebut. Melalui bengkel ini diharap guru-guru akan lebih mahir untuk membangunkan laman pembelajaran maya yang lebih interaktif dan lebih berkesan di kemudian hari di samping dapat meningkatkan penguasaan ICT guru-guru.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us