TAKLIMAT PENINGKATAN PENGOPERASIAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) KELOMPOK PKG BANGGOL TAHUN 2014

8:38 PTG



Taklimat Peningkatan Pengoperasian Sistem Pengurusan Sekolah SPS telah diadakan pada 6 Februari 2014 bertempat di Dwan Seminar Amanah, bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan yang dianjurkan bersama PKG Banggol dan Kota. 2 orang wakil dari setiap sekolah yang terdiri dari Guru Penolong Kanan dan Penyelaras SPS dijemput menghadiri ke taklimat tersebut. Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada sekolah tentang pelaksanaan SPS yang perlu dilaksanakan memandangkan negeri Kelantan kedua terbawah status pengisiannya.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah telah dijemput merasmikan majlis menggesa supaya sekolah dapat melengkapkan pengisian sebelum tarikh akhir pengisian dan ianya mrupakan KPI Pengarah JPN Kelantan. Ucapan Tuan Ketua Penolong Pengarah, BTPN Kelantan pula menerangkan 6 modul asas daripada 23 modul yang perlu dilengkapkan oleh semua sekolah sebelum 15 Februari ini. Manakala ucapan khas dari wakil unit ICT, PPD Kota Bharu iaitu YM Tuan Hj. Ismail Bin Tuan Ibrahim pula menjelaskan peranan Guru Data dan Penyelaras ICT yang bertindak sebagai admin 1 dan 2 sistem SPS di sekolah manakala Guru Kelas bertanggungjawab terhadap pengisian maklumat murid di kelas masing-masing. Penyelaras SPS perlulah mengadakan latihan dalaman kepada Guru Kelas untuk melaksanakan pengisian maklumat murid sebelum tarikh akhir pengisian. En. Mohd Faizal Bin Mohd Noor selaku Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Kota pula memberi penerangan ringkas mengenai antaramuka Sistem Pengurusan Sekolah serta modul-modul yang perlu diisi oleh sekolah.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us