Bengkel Pengintegrasian VLE 1BestariNet & Aplikasi Google Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran PKG Banggol 2013

11:16 PG



Bengkel Pengintegrasian VLE 1BestariNet & Aplikasi Google Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran untuk Guru Penyelaras ICT/Bestari sekolah kelompok 2013 telah diadakan pada 29 September hingga 01 Oktober 2013 bertempat di PKG Banggol. Kursus ini diadakan bertujuan untuk melatih guru-guru dalam mempromosi, menyebar dan berkongsi bahan Pengajaran dan Pembelajaran secara efektif dan berkesan dengan mengamalkan pembudayaan teknologi ICT dalam PdP. Penceramah kursus ini adalah En. Wan Mohd Mahdi Bin Wan Khaldin – Pegawai Teknologi Pendidikan 2, PKG Banggol.
Hari pertama, kursus pengenalan dan penggunaan VLE 1Bestarinet telah diadakan. Penggunaan menu Quick Launch telah diterangkan seperti Frogstore, Assignment, Bookshelf, Calendar, Department Site, Emel, Forum, Google Drive, Learn Centre, Pin Point dan Site dalam portal Frog VLE. Peserta juga dilatih untuk membina dashboard peribadi dan dashboard sekolah dengan menggunakan widget-widget yang telah disediakan seperti Text Activity, Link To File, RSS feed, Embed Website, Media, Quizz, site Link dan sebagainya. Selepas itu, peserta diberi tugasan untuk membina sebuah Site Kurikulum berdasarkan contoh struktur kurikulum yang diberikan.
Pada hari kedua, peserta didedahkan dengan penggunaan aplikasi-aplikasi Google yang dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran di sekolah seperti Google Drive, Google Documents dan Google Presentations. Melalui Google Drive dan Google Documents, guru berbengkel untuk menghasilkan Google Documents dari bahan-bahan sedia ada guru dan dimuatnaik ke Google Drive untuk storan awan dan perkongsian bahan. Peserta juga diberi latihan untuk menghasilkan Google Presentation dari bahan Power Point yang dapat diterapkan ke portal frog VLE untuk PdP.
Pada hari ketiga, peserta berbengkel untuk menghasilkan tugasan/soalan dengan menggunakan Google Form. Melalui Google Form guru-guru dapat membina soalan dan dihantar kepada pelajar melalui perkongsian site dalam frog VLE. Guru-guru juga dapat membuat analisa jawapan dengan menggunakan Google Form. Akhir sekali, peserta diterangkan dengan penggunaan Google Calendar. Melaluinya, sekolah dapat menyelaraskan aktiviti-aktiviti dari panitia, badan beruniform dan sebagainya dan mengelakkan pertindihan aktiviti. Guru dan pelajar juga dapat diberi peringatan tentang sesuatu aktiviti yang dirancang melalui penggunaan Google Calendar ini terutama dalam persekitaran Frog VLE.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us