Taklimat Penarafan SSQS PKG Banggol 2013

10:16 PG



PKG Banggol telah mengadakan Taklimat Penarafan SSQS versi 2.0 pada 9 September 2013 bertempat di PKG Banggol. Seramai 35 orang Guru Penyelaras ICT / Bestari dari sekolah kelompok PKG telah mengikuti taklimat tersebut.
Taklimat dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Ramli Bin Abdul Ghani - Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Banggol. Pn. Azlina Bt Idris dari Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Kelantan telah dijemput khas untuk memberikan ucapan, antaranya mengingatkan GPB/GICT supaya memberikan komitmen sepenuhnya menjayakan pengisian SSQS tahun 2013 agar mencapai 100% kerana ianya merupakan agenda negara.
Instrumen pengisian SSQS yang menggunakan Google Drive telah diterangkan secara jelas oleh En. Wan Mohd Mahid Bin Wan Khaldin - Pegawai Teknologi Pendidikan 2, PKG Banggol. GPB/GICT diseru melaksanakan pengisian segera agar tidak belaku kesesakan di saat-saat akhir.

Klik Untuk Mengisi SSQSv2 2013

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us