Latihan Pembelajaran Maya (Frog 1BestariNet) Sekolah Kelompok PKG Daerah Kota Bharu Tahun 2013

3:37 PTG



22 September 2013 - Bertempat di Sek Keb Tanjong Mas, satu kursus Latihan Pembelajaran Maya (VLE 1BestariNet) Untuk Murid Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2013 telah diadakan di mana di hadiri oleh 2 orang murid serta seorang guru pengiring bagi setiap sekolah. Latihan Frog VLE untuk murid ini dijalankan secara berperingkat yang diurusetiakan oleh PKG Daerah Kota Bharu. YM Tuan Ismail Bin Tuan Ibrahim – Pegawai Penyelia Teknologi Maklumat, PPD Kota Bharu telah dilantik sebagai penyelaras di peringkat PPD Kota Bharu dan Pn. Zuriah Binti Muhamad – Ketua Unit ICT, JPN Kelantan adalah penyelaras di peringkat JPN Negeri Kelantan.

Murid-murid diberi pendedahan penggunaan Frog VLE sebagai laman pembelajaran maya melalui tayangan video sebagai pengenalan. Latihan penggunaan URL Frog VLE berdasarkan kod sekolah serta Login ID dan katalaluan diterangkan untuk memasuki laman Frog. Murid-murid juga diberi pendedahan mengenai menu-menu yang ada di Quick Launch seperti Frog Store, Assignment, Bookshelf, Calendar, Department Site, E-mel, Forum, Google Drive, Learn Centre, Pin-Point, Site dan Pond. Murid juga diterangkan tentang penggunaan Menu Notification untuk melihat pesanan/maklumat yang masuk.

Selepas itu, murid diberi penerangan mengenai penggunaan Dashboard yang terdiri dari Dashboard Personel dan Dashboard Sekolah. Latihan untuk mewujudkan dan susun-atur di dashboard peribadi juga diberi. Tugasan juga diberikan kepada murid untuk menambah widget-widget ke dalam Dashboard, menjawab Assignment yang telah dihantar oleh guru serta menyemak markah yang diperolehi.

You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us