Makmal Komputer

2:56 PTG






Projek makmal komputer adalah satu projek yang telah dimulakan sejak RMK-7. Projek ini bertujuan menyediakan makmal komputer dan membekalkan komputer serta pelayan kepada sekolah.Terdapat beberapa pendekatan perlaksanaan Makmal Komputer di sekolah. Hampir kesemua makmal yang terdapat di sekolah pada masa kini telah dibangunkan dan dibekalkan dengan peralatan oleh pihak KPM. Semasa permulaan perlaksanaan Makmal Komputer di sekolah, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri merupakan unit yang bertanggungjawab. Setelah itu, tanggungjawab perlaksanaan Makmal Komputer diambil alih oleh Bahagian Pembangunan Dan Perolehan di KPM. Namun, terdapat juga makmal komputer yang dibangunkan atas usaha pihak sekolah dengan sokongan dari Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG), bank atau syarikat ICT

Di sekolah, Makmal Komputer adalah nadi dan agen kepada saluran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Seluruh warga sekolah perlu mengambil peluang untuk menggunakan segala kemudahan yang dapat diperolehi melalui makmal komputer. Keupayaan individu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat membantunya mengharungi dunia IT ini. Jesteru itu pendedahan kepada alam pengkomputeran perlulah dilakukan pada peringkat awal lagi dengan secara terancang dan sistematik agar budaya pengkomputeran dapat dibina dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif







Projek pengkomputeran ini telah dirancang oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) bermula Mac 2000. Program Komputer dalam Pendidikan (CIE) dan ProjekMakmal Komputer berjalan dengan menggunakan KPM*Net, T&L Edunet, BestariNet Network dan Projek SchoolNet. Penyediaan makmal komputer bagi digunakan dalam program-program komputer dalam pendidikan terbahagi kepada 3 fasa di mana fasa 1 dan 2 telahpun lengkap dilaksanakan dalam projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 yang melibatkan hampir 4,000 buah sekolah. Dimulakan dengan projek rintis sebanyak 18 buah sekolah dan seterusnya pelaksanaan projek dalam tiga fasa iaitu:

Jadual 1



Spesifikasi makmal komputer dibawah projek Pengkomputeran Makmal Komputer Sekolah telah ditetapkan berdasarkan kriteria iaitu:
(i)Sekolah Rendah, Sekolah Harian Biasa, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Berasrama Penuh:

* Dasar sedia ada adalah bermula projek RMK-9 tiada lagi sekolah menerima bekalan untuk model 1.
*Sehingga Januari 2009 jumlah sekolah yang mempunyai makmal komputer adalah sebanyak 6987 sekolah

(ii)Sekolah Kurang Murid


(iii)Prasekolah

Pembekalan komputer adalah berdasarkan kepada bilangan sekolah yang mempunyai kelas prasekolah. Semua sekolah yang mempunyai prasekolah dibekalkan dengan 5 unit komputer setiap kelas. Ia tidak bergantung kepada bilangan pelajar. Peralatan hanya meliputi komputer peribadi, pencetak dan tiada sistem rangkaian



You Might Also Like

0 ulasan

Lagu Patriotik

Follow us